32 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Mimi Lana Menyanyi Dalam Filem, Pengarah Siap Bawa Guru Vokal – ‘Buat Single? Takutlah..’

    Shopee Sale

    Aktres popular Mimi Lana berkongsi pengalaman menyumbangkan suara dalam filem terbaharunya, Mojoku Hilang!, yang dianggap antara cabaran baharu dalam perjalanan kerjaya sebagai pelakon.

    Artikel Berkaitan: Mimi Lana Bincang Dengan Syafiq Kyle Sebelum Pilih Watak – ‘Perlu Bertanya Kepada Suami Dahulu’

    Artikel Berkaitan: Mimi Lana Pesan Wanita Harus Pandai Cari Duit, Pergi Travel & ‘Enjoy’ Kehidupan – ‘Jangan Tunggu Lelaki Yang Tepat’

    Mimi menyanyi

    Ketika ditemui , Mimi atau nama lengkapnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 30, menjadikan rakan-rakan terdekat sebagai sumber rujukan dan mendapatkan pandangan mereka sebelum bernyanyi di dalam filem tersebut.

    Menurut Mimi, pihak produksi filem terbabit juga banyak membantunya demi menjayakan babak nyanyian dalam naskah tersebut.

    Saya ada kawan-kawan yang penyanyi, antaranya kawan baik saya Azira Shafinaz. 

    Saya banyak bertanya dengan mereka tapi saya tak sempat nak melalui proses kelas vokal tu sebab kita tengah buat penggambaran filem ini.

    Tapi pengarah ada bawa seorang guru vokal daripada Amerika Syarikat, dia datang ke Perlis dan dialah hari-hari yang mengajar saya muzik, bagaimana untuk menyanyi dan pernafasan yang betul. 

    Saya bersyukur sebab produksi ini menyediakan segalanya yang lengkap untuk persediaan sebagai pelakon.

    Bagaimanapun, Mimi tidak pernah terfikir untuk merakamkan lagu dan menjadi seorang penyanyi, namun tidak menolak untuk berlakon dalam karya muzikal.

    Buat single? Tak tahulah. Takutlah nanti saya kena kutuk dengan Syafiq (seloroh).

    Saya rasa fokus adalah sebagai pelakon dan saya akan teruskan minat saya. Mungkin kalau nak suruh saya menyanyi boleh, tapi dalam filem jugalah macam ini.

    Saya teringin sangat nak buat muzikal. Tapi kita di Malaysia tak banyak karya bertemakan muzikal. Sama juga macam romantik komedi, tak terlalu banyak. Tapi kalau ada peluang untuk projek yang best, kenapa tidak.

    Mimi berkata demikian semasa ditemui di sidang media dan tayangan perdana filem Mojoku Hilang! yang berlangsung di TGV, KLCC baru-baru ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Netizen Sebak Lihat Anak Sulung Ina Naim Menangis Teresak Selepas Ibu Dinikahi – ‘Kahwin Bukan Kerana Cinta, Tapi Kerana Allah’

    Selain itu, Mimi mengakui teknik nyanyian yang dipelajari bukan sahaja penting untuk seseorang penyanyi tetapi ia boleh diterapkan oleh pelakon bagi penambahbaikan lontaran dialog.

    Macam baru-baru ini pergi ke ujibakat Puteri Gunung Ledang pun memerlukan saya untuk menyanyi juga.

    Jadi dari situ saya sedar seorang pelakon memang sepatutnya kena ada asas.

    Bukanlah untuk menyanyi sahaja, tapi untuk kawal penafasan, berlakon dalam set bila kita kena menjerit ataupun bila menangis sebenarnya vokal tu penting.

    Baru saya tahu pentingnya belajar vokal ni walaupun kita bukan penyanyi.

    The post [VIDEO] Mimi Lana Menyanyi Dalam Filem, Pengarah Siap Bawa Guru Vokal – ‘Buat Single? Takutlah..’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah