Pelakon Uqasha Senrose masih memilih untuk tidak mengulas tentang spekulasi mengenai dakwaan keretakan rumah tangganya bersama aktor, Kamal Adli.
Artikel Berkaitan: Uqasha Senrose Syukur Ibu & Nelydia Jadi Orang Pertama Bantu Urus Hawra Uqaira
Artikel Berkaitan: Kecoh Dakwaan ‘Unfollow’ Kamal Adli Di Instagram, Kapsyen Uqasha Senrose Curi Perhatian – ‘She Can Survive Without You’
Tak ulas lanjut

Ketika ditemui pihak media di perkarangan studio program MeleTOP, Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, bagaimanapun mengelak untuk ditemu bual.
Pelakon filem Bisikan Dosa itu hanya memberikan respon ringkas kepada wartawan semasa disoal berkenaan keadaan dirinya.
Saya okey, tidak mahu ditemu bual sebab sedang sakit tekak.
Sebelum ini, nama Uqasha dan suami, Kamal Adli menjadi bualan warganet apabila didakwa saling tidak mengikuti (unfollow) di Instagram (IG).
Sebelum ini, timbul spekulasi mendakwa hubungan suami isteri itu kini sedang goyah.
Bagaimanapun, Kamal tampil menjelaskan beberapa salah faham untuk memperbetulkan kenyataan segelintir warganet yang membuat andaian tidak berasas mengenai kehidupannya.
Spekulasi semakin bertambah apabila Uqasha berkongsi perkembangan terkini mengenai dirinya dan anaknya, Qaira yang sukar mendapat tidur lena akibat batuk teruk dan demam.
Menerusi perkongsian di Instagram Story miliknya, Uqasha meluahkan, walaupun dirinya tidak mendapat rehat yang cukup, namun dia terus kuat demi menjaga puteri sulungnya itu.
Dalam masa yang sama, Uqasha juga tidak dapat menanggung rasa rindu yang mendalam terhadap anaknya berikutan terpaksa ditinggalkan kerana komitmen kerja.
Sekadar info, Uqasha dan Kamal bernikah pada 5 November 2021 dalam satu majlis pernikahan tertutup di Janda Baik, Pahang.
Pasangan itu kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Hawra Uqaira.
The post [VIDEO] Sedang Sakit Tekak, Uqasha Senrose Diamkan Diri Dari Komen Spekulasi Rumah Tangga Bersama Kamal Adli first appeared on OHBULAN!.





