Bukan hanya bersinar di pentas hiburan, 10 selebriti ini juga pernah menjadi perhatian apabila berjaya menunaikan ibadah haji hingga membawa pulang gelaran haji dan hajah yang cukup bermakna dalam kehidupan mereka.
Artikel Berkaitan: Nak Masakan Jadi Lembut & Sedap? Jom Kenali Bahagian Daging Lembu
Artikel Berkaitan: Boleh Ke Guna Daging Korban Untuk Majlis Kenduri? Mufti Jelaskan Hukumnya
Datuk Seri Siti Nurhaliza

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menunaikan ibadah haji bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa pada tahun 2017.
Sekadar info, ketika itu Siti atau lebih mesra disapa Tokti berusia 28 tahun.
Aznil Haji Nawawi

Rezeki buat pengacara popular tanah air, Datuk Aznil Haji Nawawi yang telah menunaikan haji pada tahun 2008.
Difahamkan cuaca ketika dirinya menunaikan haji merupakan musim sejuk.
Adi Putra

Pelakon hero pujaan ramai, Adi Putra menunaikan rukun Islam yang kelima itu pada tahun 2014.
Menerusi laman Instagramnya, Adi Putra berkongsi beberapa keping foto ketika di Tanah Suci Makkah.
Mizz Nina

Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman mula berhijab dan mendekatkan diri dengan aktiviti keagamaan pada tahun 2013.
Usahawan dan aktivis kemanusiaan itu turut menunaikan haji bersama bekas suaminya, Noh Salleh pada tahun yang sama.
Neelofa

Pelakon dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor menunaikan ibadah haji yang pertama bersama ibu bapanya pada usia yang muda.
Difahamkan, ketika tahun 2016, usia bekas hos itu baru 27 tahun.
Fizo Omar

Pengalaman pelakon dan usahawan, Fizo Omar dalam menunaikan ibadah haji pada tahun 2019 membuatkan dirinya memperoleh keinsafan.
Hal itu dikongsi melalui laman Instagramnya.
Nabil Ahmad

Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad tidak menyangka rezekinya dalam menunaikan rukun Islam yang kelima pada usia 32 tahun.
Difahamkan, Nabil pergi berseorangan bersama 21 jemaah lain dalam rombongannya pada tahun 2015.
Yana Samsudin

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Yana menunaikan janji membawa kedua orang tuanya mengerjakan ibadah haji.
Yana berjaya menyempurnakan niatnya pada tahun 2022 bersama suami dan ibu bapanya.
Nelydia Senrose

Pelakon jelita Nelydia Senrose diberikan peluang untuk menunaikan ibadah haji pada tahun 2022 bersama suaminya, Mohd Hafez Halimi.
Nelydia, 28, ketika itu memohon doa dari orang ramai menerusi Instagramnya agar dipermudahkan urusan di sana.
Wany Hasrita

Pada tahun 2019, penyanyi Wany Hasrita dipilih untuk menunaikan ibadah haji bersama rakan artisnya, Amira Othman.
Difahamkan, tawaran itu datang pada saat akhir namun, Wany atau nama penuhnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah bersyukur dengan peluang yang diberikan.
The post Bukan Sekadar Popular, 10 Selebriti Ini Juga Bergelar Haji & Hajah first appeared on OHBULAN!.





