Penyanyi dan komposer, Najwa Latif mengimbas kembali pengalaman manis ketika beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) pada 2011 menerusi lagu popularnya, Cinta Muka Buku.
Artikel Berkaitan: #ThrowbackAJL: ‘Arwah Loloq Menangis Sebab Lagu Awan Yang Terpilu Tak Menang’ – Ning Baizura
Cinta Muka Buku

Najwa, 31, menyifatkan peluang beraksi di pentas berprestij tersebut sebagai antara kenangan paling bermakna dalam perjalanan seninya yang sehingga kini masih segar dalam ingatan.
Berada di atas pentas AJL dengan membawakan lagu Cinta Muka Buku, merupakan momen yang tidak akan saya lupakan dalam hidup.
Saya dikenali ketika itu melalui platform YouTube dan dekorasi pentas ada eleman YouTube dan Facebook.
Najwa berkata demikian ketika ditemui pada acara Meet & Greet AJL40 yang berlangsung di Pasar Seni, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Najwa juga tidak dapat melulam momen dia perlu bergegas pulang ke Batu Pahat, Johor sebaik sahaja acara tersebut berakhir kerana perlu hadir ke sekolah pada keesokan harinya.
Habis sahaja AJL pada malam itu sekitar jam 2 pagi, saya terus bergegas balik ke Batu Pahat, kerananya esoknya saya bersekolah.
Mak saya dah tetapkan syarat, habis AJL terus gerak balik rumah. Saya sampai Batu Pahat pada jam 5 pagi. Tak sempat tidur, siap-siap terus ke sekolah.
Penat memang penat tetapi kepenatan itu sangat berbaloi dengan apa yang saya lakukan. Seronok bila ingat semula momen itu.
Lagu Cinta Muka Buku pernah mencetuskan fenomena dan menjadi siulan orang ramai. Malah sehingga hari ini, karya tersebut masih mendapat tempat di hati peminat muzik tanah air.
Selain Cinta Muka Buku, Najwa juga pernah melayakkan diri ke pentas AJL28 menerusi lagu Sahabat nyanyian bersama Sleeq.
Sekadar info, AJL40 bakal bersiaran secara langsung pada 15 Ogos ini di Unifi Arena, Bukit Jalil dan dipancarkan terus di TV3 jam 9 malam.
The post #ThrowbackAJL: ‘Cinta Muka Buku’ Kenangan Manis Najwa Latif, Habis Acara Bergegas Balik Batu Pahat – ‘Terus Pergi Sekolah’ first appeared on OHBULAN!.





