
Pelawak dan penyampai radio, Nabil Ahmad mengakui terkesan dengan kontroversi dakwaan mempersendakan upacara agama lain yang telah mendapat perhatian ramai sebelum ini.
Nabil menangis
Bayangkan besarnya ujian bila dapat tahu direhatkan dari kerja. Air mata berjurai di masjid sambil fikir masa depan anak-anak dan impian pendidikan mereka? Sebuah kisah perjuangan dan pengorbanan yang penuh inspirasi ?? Tonton episod penuh di AididItMyWay. #aididitmyway #AIMW #podcast #aididmarcello #nabilahmad #nasihat #kerja @Aidid.Marcello @Nabilahmad
? original sound – AididitMyWay – AididitMyWay
Menerusi podcast AididitMyWay bersama hos Aidid Marcello, Nabil atau nama penuhnya Ahmad Nabil Ahmad berkongsi, dia tidak mampu menahan air mata sebaik sahaja menerima arahan daripada pihak radio untuk direhatkan.
Saya dapat surat direhatkan selepas kami keluar dari Bukit Aman. Selepas saya baca surat itu, saya terus ke Masjid Bandar Utama dan menangis.
Saya terfikir, sudah habiskah? Adakah ini penghujung (karier)?
Saya tak pernah tak kerja, selalunya akan dapat cuti atau saya yang mohon cuti. Tetapi kali ini berbeza kerana saya direhatkan dalam keadaan sedang bekerja dan memerlukan pekerjaan itu.
Masa depan keluarga

Bercerita lanjut, penyampai radio berusia 42 tahun itu berkata, ketika kejadian tersebut berlaku dia hanya memikirkan tentang kerjaya dan masa depan anak-anak.
Anak-anak juga tengah membesar, dapat surat macam itu memang mental. Saya macam tak percaya sebab saya dah bina kerjaya.
Macam saya, saya harung jatuh dan bangun itu sendiri tapi bila sampai surat hancur saya jadinya.
Saya terfikir ke mana nak pergi dan perancangan masa depan anak-anak. Karier ini memang tak ada back up.
Sebelum ini, tular video memaparkan Azad Jazmin dipercayai meniru tarian kavadi sambil Nabil menyebut ‘Vel Vel’ disusuli gelak tawa.
Klip video itu mengundang kritikan meluas kerana didakwa telah menghina tradisi kaum Hindu.
Sedar akan kesilapan yang dilakukan, Azad, Nabil dan juga Radin tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.
Terdahulu, Maestra Broadcast Sdn Bhd telah dikenakan kompaun sebanyak RM250,000, bagi kesalahan mengikut 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu memuat naik kandungan jelik melampau di akaun rasmi TikTok Era FM.
Bagaimanapun, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia memutuskan untuk tidak menggantung lesen stesen radio terbabit.





