31.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Dai Fuad Pernah Gagal Uji Bakat, Rezeki Beralih Ke Kudrat 1968

    Shopee Sale

    Pelakon, Dai Fuad tidak menjadikan kegagalan dalam uji bakat drama bersiri Kahar: Kapla High Council sebelum ini sebagai penghalang untuk terus mencuba dan membuktikan kebolehannya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zarif Ghazzi Turun 21KG Demi Filem Kudrat 1968 – ‘Makan Sehari Sekali & Jogging 15KM’

    Tak patah semangat

    Ketika ditemui , Dai Fuad, 34, berkata kegagalan berkenaan menjadi pembakar semangat untuknya terus menghadiri sesi uji bakat sehingga akhirnya diberikan peluang membintangi projek Kudrat 1968, yang mempunyai kaitan rapat dengan Projek: High Council.

    Kahar: Kapla High Council juga salah satu sekuel yang agak besar selepas Projek: High Council. Ada tiga atau empat peringkat uji bakat dan saya berjaya sehingga peringkat keempat termasuk sesi secara langsung.

    Saya disenarai pendek dalam kelompok lima terbaik. Ketika itu, saya jalani uji bakat untuk watak Beja, tetapi tidak berjaya.

    Bagaimanapun, saya puji kebolehan Aedy Ashraf membawakan watak itu dengan baik. Saya percaya rezeki saya bukan di situ.

    Dai Fuad berkata demikian apabila ditemui pada majlis memperkenalkan pelakon utama Kudrat 1968 di sini, baru-baru ini.

    Mengulas lanjut, Dai Fuad mengakui dia sememangnya berharap untuk memperoleh watak berkenaan kerana berhasrat untuk membintangi sebuah naskhah hebat.

    Saya sudah sampai ke penghujung, tinggal sedikit sahaja lagi untuk berada dalam francais itu.

    Pada awalnya, kita cuba sebab tahu Projek: High Council adalah naskhah yang sangat berkualiti dan bagus.

    Jadi, sebagai pelakon muda ketika itu, saya cuba mendapatkan karakter yang ditulis dengan hebat.

    Kali pertama saya menonton Projek: High Council, pada episod pertama lagi terdetik dalam hati, hendak bekerja dalam produksi ini.

    Alhamdulillah, saya dapat peluang itu menerusi Kudrat 1968.

    Pun begitu, Dai Fuad bersyukur kerana kekecewaan tersebut digantikan dengan sesuatu yang lebih baik apabila diberi peluang membintangi naskhah Kudrat 1968.

    Katanya, walaupun ramai yang mengimpikan watak tersebut, dia bersyukur kerana peluang itu akhirnya menjadi miliknya.

    Ramai yang menunggu siri ini dan majoriti penonton sudah mengikuti Projek: High Council dan Kahar: Kapla High Council.

    Dalam industri hiburan sekarang, kita bukan lagi bersaing sesama tempatan, sebaliknya turut berdepan persaingan dengan drama antarabangsa.

    Jadi, kita tidak boleh berada di takuk lama dan saya percaya Kudrat 1968 mampu mencapai tahap itu.

    Untuk info, Kudrat 1968 menjadi prekuel kepada fenomena siri Projek: High Council (2023) dan filem Kahar: Kapla High Council (2024), dengan mengetengahkan kisah awal tercetusnya sistem hierarki rahsia yang diwujudkan dalam kalangan pelajar.

    MENARIK:  ‘Retrospektif Adalah Perjalanan Pulang Ke Tempat Di Mana Saya Pertama Kali Temukan Makna Muzik’ – Afgan

    The post [VIDEO] Dai Fuad Pernah Gagal Uji Bakat, Rezeki Beralih Ke Kudrat 1968 first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah