Seorang warga emas yang diuji dengan pelbagai penyakit memilih untuk terus menjaga dan memberi sepenuh kasih sayang buat isterinya yang juga diuji dengan penyakit.
Artikle Berkaitan: Peniaga Air Hidap Penyakit Buah Pinggang Tahap 5 Jaga Isteri Strok – ‘Rumah Tak Ada Lif, Saya Dukung Dia Naik Tingkat 4’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syura Kongsi Keadaan Suami Di Hospital, Wajah & Tangan Dibalut – ‘Percayalah Akan Ada Pelangi Untuk Kita Nanti’
Sayang selamanya
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, seorang warga emas yang pernah tular sebelum ini memohon agar tuhan memberikan keajaiban buat isterinya.
Menurut warga emas tersebut, dia menyifatkan isterinya seorang yang handal berniaga dan berhati mulia.
Susulan itu, kenyataan warga emas tersebut meraih perhatian apabila keikhlasan cintanya menjaga isteri dilihat kuat walaupun dirinya juga diuji dengan pelbagai penyakit.
Mak cik sakit. Kaki dia pun sudah dipotong. Dia tidak boleh bercakap lagi.
Sekarang saya jaga dia.
Anak saya tolong sediakan barang-barang berniaga, saya sudah tidak kuat.
Isteri saya pandai berniaga dan dia sangat baik.
Walaupun dia sakit, saya tak mahu tinggal. Dulu dia sihat saya sayang, bila dia sakit, saya lagi sayang.
Saya ada kencing manis, darah tinggi, buah pinggang rosak tahap lima.
Doktor suruh buat dialisis, saya tak mahu. Nanti susah tiada siapa nak jaga isteri saya.
Saya doa pada tuhan hari-hari, semoga isteri saya kembali baik. Tak boleh jalan tidak mengapa, janji boleh bercakap.
Pada akhir perkongsian, warga emas tersebut sempat menitipkan pesanan buat para suami untuk sentiasa menjaga dan menyayangi isteri walau apa jua keadaannya.
Sumber: TikTok @storie
The post [VIDEO] ‘Saya Tak Mahu Tinggalkan…Dulu Dia Sihat Saya Sayang, Bila Sakit, Saya Lagi Sayang’ first appeared on OHBULAN!.





