Pengacara dan pelakon, Safwan Nazri, berkongsi pengalaman zaman kecilnya apabila dia lebih gemar bermain permainan yang kebiasaannya diminati budak perempuan.
Artikel Berkaitan: Safwan Nazri Kerap Alami Kejadian Misteri Selepas Rakaman Podcast – ‘Benda Itu Bertenggek, Anak Nangis Tak Henti’
Artikel Berkaitan: Safwan Nazri Terkedu, Harga Baju & Beg Cik B Lagi Mahal Dari Kereta
Bersyukur, bapa tegur
Menerusi sesi podcast Myn & Cat di TikTok, Safwan, atau nama penuhnya Muhammad Safwan Mohammad Nazri, 31, berkata, minatnya dalam bermain aktiviti kanak-kanak perempuan disebabkan dia mempunyai adik-beradik perempuan.
Bercerita lebih lanjut, Safwan mengimbau satu kejadian apabila bapanya secara tiba-tiba memarahinya ketika dia sedang bermain solekan, sehingga membuatkan dia berasa takut dan menjadi paranoid akibat peristiwa tersebut.
Namun dia bersyukur kerana pengalaman tersebut mengajarnya tentang batas dan disiplin.
Waktu saya kanak-kanak, saya memang suka main barbie doll, main makeup semua ini sebab adik adik beradik saya semua perempuan.
Saya tidak bermain bola sepak atau sukan lain sebab tak ada kawan lelaki.
Kawan-kawan saya di taman permainan juga semuanya adalah perempuan.
Sampai ada satu tahap, tiba-tiba ayah saya marah, menjerit ‘Iwan kenapa main macam ini’.
Bermula dari situ, saya jadi takut dan paranoid dengan benda itu.
Tetapi saya bersyukur ayah saya marah.
Minat disebabkan persekitaran

Dalam pada itu, Safwan menekankan bahawa dia tidak pernah berhasrat menjadi perempuan.
Bagaimanapun, minatnya terhadap aktiviti yang lazimnya dilakukan oleh perempuan muncul secara semula jadi kerana persekitarannya.
Sebenarnya, saya tak ada perasaan untuk menjadi perempuan.
Tapi saya suka buat aktiviti yang perempuan lakukan, sebab adik-beradik saya semua perempuan dan saya seorang sahaja lelaki.
Di taman permainan juga, saya tidak bergaul dengan kawan-kawan lelaki.
Sebab itu saya akan main masak-masak dan main kahwin-kahwin.
Sumber: TikTok Myn & Cat
The post [VIDEO] ‘Saya Suka Main Barbie Doll, Adik-Beradik Semua Perempuan’ – Safwan Nazri first appeared on OHBULAN!.



Jangan lupa tonton FULL episode eksklusif sekarang di YouTube:
Myn & Cat – Double The Fun! Jangan lupa: LIKE | COMMENT | SHARE | SUBSCRIBE & tekan butang LOCENG
#safwannazri #sembangseram #ashrapp #ashrappchannel #MynNCat 

