28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Saya Nampak Every Details Neraka & Syurga’– Kilafairy Kongsi Pernah Mimpi, Asbab Mula Berhijab

    Shopee Sale

    Pelakon KilaFairy berkongsi pengalaman sebuah mimpi yang pernah dialaminya sehingga mendorong dirinya untuk berhijrah.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kilafairy Muat Naik Video Bersama Arwah Ibu, Kapsyen Undang Rasa Sebak

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Outfit’ Cik B ‘Head To Toe’ Cecah Lebih RM100k’ – ‘Sebulan Saya Belanja Dalam RM300k’

    Artikel Berkaitan: Nad Zainal Nasihat Kilafairy Tabah Hadapi Dugaan Sukar Istiqamah – ‘Saya Cakap Sabar & Harap Dia Buat Keputusan Betul’

    Kila bertahun doa

    " data-video-id="7566985153650642184" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @studiosembang

    are u guys ready to hear it all? #jomsembang dengan @Kilafairy later, 10pm for more stories about her journey kat @YouTube @Spotify or @Apple Podcasts 🫶 #studiosembang

    ♬ original sound – Studio Sembang – Studio Sembang

    Menerusi sebuah podcast bersama Studio Sembang, Kila atau nama lengkapnya Syakila Nisa Jahangir Khan, 33, mengakui bahawa dia sebelum ini seorang yang sangat skeptikal terhadap kisah-kisah hijrah berasaskan mimpi.

    Bagaimanapun, segala-galanya berubah selepas dia sendiri melalui pengalaman mendapat satu mimpi ‘aneh’.

    Selama bertahun-tahun, doa saya adalah, ‘Ya Allah, saya mahu jadi Muslimah yang baik, tunjukkan saya, takutkan saya, tunjukkan saya.

    Malam tu saya tidur every detail of like neraka and the syurga saya nampak.

    Nampak neraka, syurga & azab

    Pelakon filem Blok 404 itu mengakui bahawa mimpi itu sangat menakutkan sehingga dia nekad untuk menutup aurat.

    Jadi selepas saya bermimpi begitu, saya terus bangun dan terus pesan tudung. Saya ambil shawl milik mama.

    Lepas itu, saya telefon Neelofa. Dia cakap, ‘Kau nak ustaz terjemahkan tak mimpi ni?’ Jadi, saya pun jumpa Haris.

    Tambah Kila, setiap perincian yang dilihatnya dalam mimpi itu seolah-olah sama seperti yang tercatat dalam Al-Quran dan Hadis.

    Malah dia seakan dapat melihat gambaran neraka dan syurga.

    Saya kena potong tangan, boleh nampak setan-setan itu uratnya ada lava dan suaranya seperti petir. Sebelah sini orang ditolak dalam gaung, potong tangan, ada orang kena tarik lidah potong.

    Saya nampak semuanya dan saya sendiri tak percaya macam mana boleh dapat mimpi itu.

    Paling tak disangka, saya nampak seorang ini berkulit gelap. Masa saya tengah kena potong tangan, orang berkulit gelap itu, jejak sahaja kaki di neraka terus jadi macam apa yang diceritakan dalam Hadis, macam mana syurga itu dan saya sudah berada dalam syurga.

    Ujar anak kepada penyanyi terkenal era 80-an, Rohana Jalil ini mengakui bahawa mimpi yang dialaminya itu menjadi titik tolak kepada perubahannya.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] ‘Saya Nampak Every Details Neraka & Syurga’– Kilafairy Kongsi Pernah Mimpi, Asbab Mula Berhijab first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah