Ahli politik terkenal, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sempat memberikan ucapan bermakna sempena hari pertunangannya bersama selebriti Bella Astillah yang berlangsung sebentar tadi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dari Teman Sekerja, Syed Saddiq Kini Sah Tunangan Bella Astillah
Artikel Berkaitan: Syed Saddiq Kongsi Video Dengan Keluarga, Netizen Tanya – ‘Itu Hantaran Ke? Get Ready Seminggu Lepas Raya’
Ucapan Syed Saddiq

Pemilik nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 34, dalam ucapan tersebut menyifatkan Bella sebagai seorang wanita yang hebat terutama ketika dia menempuh setiap ujian dalam kehidupan.
Dia ialah seorang wanita yang tidak pernah faham perkataan penat, dalam kepenatan dia mencari kebangkitan, dalam kejatuhan dia mencari jalan tersendiri untuk terus bangkit.
Saya rasa itu yang membuatkan dia seorang yang istimewa.
Bukan itu sahaja, Saddiq juga memuji sikap Bella yang dilihat sangat menghormati keluarga malah sangat sopan ketika bersama dengan orang lain dan menyantuni mereka walaupun dirinya kepenatan.
Dia bukan sekadar iron lady tapi dia sangat baik. Baik itu adalah perkataan yang tidak boleh dipisahkan dari Bella.
Dia baik kepada keluarganya, ibu bapanya, keluarga saya, adik beradik dan baik kepada orang yang dia tidak pernah jumpa pun sebelum ini.
Saya kenal dia sebelum saya jatuh cinta dengannya. Sebagai seorang kawan, saya lihat sisi berbeza.
Dia bekerja tak henti semalam 12 jam, kemudian ada orang hantar makanan datang tapi dia layan seperti keluarga dia sendiri.
Saya rasa itu sebab mengapa saya jatuh cinta kepadanya.
Kagumi Bella sebagai ibu
Selain itu, Ahli Parlimen Muar tersebut turut mengagumi Bella sebagai seorang ibu dan mengakui itu adalah salah satu perkara yang membuatkannya jatuh cinta terhadap aktres berkenaan.
Apa yang lebih mengagumkan adalah dia sebagai seorang ibu kepada dua anak.
Melihat cara dia mencintai kedua-dua anaknya, mengingatkan saya terhadap ibu bapa saya.
Saya lihat kasih sayang yang sama dikongsikan Bella kepada anak-anaknya, tiada yang lebih penting berbanding mereka.
Itu yang membuatkannya istimewa.
Dalam masa sama, Saddiq juga menegaskan bahawa dia tidak hanya mencintai Bella tetapi kasih sayangnya juga tidak berbelah bahagi terhadap dua cahaya mata wanita itu.
Kadang-kadang bila saya baca ada orang kata, ‘Bella sudah berkahwin sebelum ini dan ada dua orang anak.’
Ingin saya jelaskan, saya mencintai Bella juga kerana kedua-dua anaknya iaitu Ayden dan Ara.
Alhamdulillah segalanya yang baik datang daripada ibu mereka.
Terdahulu, Saddiq dan Bella telah selamat mengikat tali pertunangan di dalam sebuah majlis indah yang berlangsung pada petang Sabtu.
Sebelum ini, menerusi hantaran di Instagram, Saddiq turut berkongsi momen ketika dia melamar bakal suri hatinya itu.
Untuk info, Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz pada 9 September 2016.
Mereka kemudiannya bercerai pada 16 Mei 2019 namun rujuk kembali, sebelum bercerai buat kali kedua pada Mac 2024.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Sumber: Astro Gempak
The post [VIDEO] ‘Saya Mencintai Bella Astillah Juga Kerana Kedua Anaknya Iaitu Ayden & Ara’ – Syed Saddiq first appeared on OHBULAN!.





