24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Sasha Abdul Aziz Dikecam Buat Rawatan Tanam Benang Pada Wajah, Kos Cecah RM8k

    Shopee Sale



    Usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz menerima kecaman hebat daripada warga maya susulan perkongsian tentang prosedur ‘tanam benang’ yang dilakukan pada wajahnya baru-baru ini.

    Kos rawatan tanam benang cecah RM8k

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Sasha Aziz (@sashaabdulaziz)

    Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Sasha berkongsi perjalanan sepanjang dia melakukan prosedur tanam benang bertujuan untuk meningkatkan kadar kolagen pada wajahnya. Difahamkan, kos rawatan tersebut adalah RM7,888.

    Berdasarkan kapsyen yang ditulis, Sasha menjelaskan bahawa rawatan tersebut tidak melibatkan sebarang prosedur pembedahan sebaliknya ianya adalah dengan menggunakan seutas benang yang diserapkan ke dalam kulit wajah.

    Bagaimanapun, perkongsian tersebut menerima pelbagai respon daripada warga maya yang rata-rata mengkritik tindakan Sasha. Mereka menyifatkan prosedur yang dilakukan Sasha adalah haram di sisi Islam selain berpendapat bahawa sebagai seorang pempengaruh, Sasha tidak seharusnya mempromosikan perkara yang dilarang dalam Islam apatah lagi mengajak orang ramai melakukan perkara tersebut.

    Susulan daripada kecaman dan kritikan tersebut, Sasha akhirnya tampil bersuara dengan mengemukakan penjelasan berhubung proses tanam benang di wajah yang diperoleh daripada laman web Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

    Prosedur menanam benang adalah diharuskan sekiranya untuk menghilangkan aib kerana kedutan yang berlebihan di wajahnya sehingga menampakkan lebih tua dan berusia daripada umurnya yang sebenar, untuk tujuan rawatan dan seumpamanya,

    Adapun jika prosedur menanam benang ini dilakukan untuk kecantikan tambahan semata-mata, bukan untuk mengembalikan kecantikan yang hilang akibat penuaan yang tidak normal maka ia adalah dilarang dan tidak dibenarkan kerana dikhuatiri ia termasuk dalam pengubahan yang diharamkan.

    Berkongsi pendapat tersebut, Sasha meminta agar orang ramai membuat dan membaca rujukan terlebih dahulu sebelum mengecam.

    MENARIK:  [VIDEO] Fila & Adama Bayar Zakat RM35k, Netizen Doa Rezeki Sentiasa Lancar

    Perkongsian di IG

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah