34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Sarah Suhairi Selamat Bernikah, Pilih Pensyarah Sebagai Suami

    Shopee Sale



    Dengan sekali lafaz, penyanyi Sarah Suhairi sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya Aswad Anuar pada jam 8.29 pagi Jumaat.

    Sah bergelar isteri

    Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Suhairi Hamdan di hadapan jurunikah, Ustaz Ahmad Khaliq Md Rasid.

    Dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Barern Hill, Hulu Langat itu, Sarah menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas bernilai RM2,486 namun, jumlah hantaran dirahsiakan.

    Sementara itu, pengantin lelaki yang juga seorang pensyarah turut menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pengantin perempuan.

    Majlis bertemakan rona putih itu dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara, rakan selebriti dan pengamal media.

    Difahamkan, pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 27 Januari lalu, namun bijak merahsiakan hubungan mereka.

    MENARIK:  [VIDEO] Puteri Balqis Bengang Ibu Difitnah Ambil Bahan Terlarang – ‘Mak Aku Berapa Kali Buat Ujian Air Kencing Sebab Komen Macam Ni’

    Kedua-dua mereka dikhabarkan mula berkenalan pada 2020 dan mempunyai minat yang sama iaitu sukan berkuda.

    Video

    " data-video-id="7395746362844859664" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @official

    Wah tahniah diucapkan ? # #sembangentertainment #sarahsuhairi #nikah #pensyarah

    ? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah