29.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Niezam Zaidi ‘Trauma’ Kongsi Kisah Peribadi, Bakal Umumkan ‘Berita Gembira’ Bila Tiba Waktunya – ‘Saya & Fify Mesra’

    Shopee Sale



    Pelakon Niezam Zaidi menyatakan hubungan dengan pelakon Fify Azmi masih terjalin baik.

    Trauma dengan perkongsian secara terbuka

    Ketika ditemui , pelakon berusia 32 tahun itu akui trauma dengan pengalaman lalu dengan perkongsiannya mengenai kisah peribadi secara terperinci.

    Oleh demikian, Niezam enggan mengulas lanjut tentang hubungannya bersama Fify.

    Sebelum ini saya selalu kongsi tentang cerita peribadi saya hingga menyebabkan ekspektasi manusia jadi terlalu tinggi.

    Bila perkara yang kita rancang tak jadi, tapi dah diceritakan pada orang, itu mendatangkan stres pada saya.

    Saya mengambil keputusan kali ini, biarlah kami sahaja yang tahu.

    Menurut Niezam, pengalaman lalu mengajarnya untuk tidak menghebohkan sesuatu yang masih dalam proses.

    MENARIK:  Kenapa Wanita Perlu Memiliki Kulit 'Glass Skin' Semasa Ramadan: Kelebihan Kulit Sihat Bercahaya

    Perancangan berkahwin

    Berkongsi lebih lanjut, Niezam akui memiliki perancangan untuk ke peringkat yang lebih serius bersama pilihan hati.

    Perancangan untuk lebih serius itu ada.

    Insya-Allah semoga dipermudahkan.

    Hubungan Fify dan keluarga saya juga baik.

    Ujarnya, dia bakal memaklumkan berita gembira itu sendiri apabila tiba waktunya.

    Dalam pada itu, Niezam memohon doa agar dipermudahkan urusan dalam usahanya untuk mendirikan rumah tangga.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah