27.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Sambut Ulang Tahun Ke-58, Ibu Neelofa Teruja Dapat ‘Surprise’ 100 Kuntum Bunga Ros Putih Daripada Suami

    Shopee Sale



    Ibu kepada pengacara dan usahawan Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed menerima 100 kuntum bunga ros putih bersempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-58 daripada suami tercinta. Wow sweetnya!

    100 bunga ros putih

    Menerusi laman sosial Instagram, Kartini berkongsi beberapa video momen istimewa tersebut untuk tatapan umum. Menurut Kartini, dia pernah menerima 100 kuntum bunga ros merah sebelum ini iaitu ketika hari ulang tahun perkahwinan mereka.

    Oleh sebab itu, dia tidak menyangka suaminya akan melakukan kejutan yang sama untuk hari ulang tahun kelahirannya.

    Suami kita ni sweet la, datang buat kejutan sewaktu kita tengah live. Time anniversary hari itu hadiahkan 100 kuntum bunga rose merah.

    Kali ni untuk birthday hadiahkan 100 kuntum bunga rose putih pula tanda kesucian cinta abadimu padaku. Terima kasih sayang. I love you.

    Menjengah di ruangan komen, ramai yang teruja melihat hadiah yang diterima oleh Kartini. Mereka mendoakan pasangan tersebut gembira hingga ke akhir hayat.

    MENARIK:  Jangan Lepaskan Peluang! Ini 5 Waktu Mustajab Berdoa Dalam Bulan Ramadan

    Video

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Noor Kartini Noor Mohamed (@noorkartini)

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah