Usahawan dan pelakon, Rozita Che Wan mengakui kurang bersetuju sekiranya anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana memilih untuk bergelar selebriti sebagai kerjaya pada masa hadapan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Kuasa Nak Ambil MUA Baru Nak Up’ – Che Ta Naik Darah Dengar Isu Pengantin Dengan Jurusolek
Jangan jadi artis

Menerusi hantaran di TikTok, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata dia sebenarnya berharap Aaisyah dapat memilih bidang yang lebih stabil seperti menjadi usahawan atau pendakwah.
Tak payah nak jadi pelakon, tak payah jadi penyanyi. Tak ke mana pun jadi pelakon atau penyanyi, hujung-hujung mak awak ini kena berniaga juga.
Jadi ustazah, kalau tak mahu jadi ustazah, jadi usahawan wanita yang berjaya. Mommy mahu awak jadi ustazah.
Menurut Che Ta, berdasarkan pengalaman dirinya sendiri dalam industri hiburan, kerjaya sebagai artis tidak menjamin kestabilan kewangan untuk jangka masa panjang.
Malah, dia dan suami, Zain Saidin akhirnya terpaksa menceburi bidang perniagaan bagi memastikan kehidupan keluarga lebih selesa dan terjamin.
Jadi ustazah sejuk sikit perut mommy dengan daddy. Tak payah jadi artis, mommy dengan daddy sudah lalui, hujung-hujung kena cari cabang lain demi meneruskan kehidupan yang selesa.
Bagaimanapun, Aaisyah dilihat memberi respon secara berseloroh apabila mengatakan ibunya tidak boleh menentukan hala tuju hidup dan minat sebenar dirinya.
Mommy, ini adalah laluan yang saya minat, bukan mommy. Awak tak boleh tentukan apa yang saya mahu atau apa patut saya lakukan.
Sumber: TikTok
The post Che Ta Mahu Aaisyah Jadi Ustazah, Bukan Artis – ‘Hujung-Hujung Cari Cabang Lain Untuk Teruskan Hidup’ first appeared on OHBULAN!.





