Empat suspek didakwa tergamak melakukan perbuatan keji dengan melepaskan nafsu kepada bayi berusia setahun dua bulan di tempat pengasuh.
Artikel Berkaitan: Konon Ada 5 Tahun Pengalaman Mengasuh, Lelaki Mengaku Rogol Bayi & 12 Kanak-Kanak
Artikel Berkaitan: Individu Tergamak Rogol Bayi Berusia 18 Bulan Sampai Mangsa Termuntah Sebelum Disahkan Meninggal Dunia
Rogol bayi

Sekadar gambar hiasan
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook, seorang peguam mendedahkan satu kes menyayat hati apabila terdengar jeritan daripada salah seorang pegawai polis.
Ujarnya, pegawai polis meluahkan rasa marah kepada empat orang suspek yang tidak mengaku terlibat dengan perbuatan keji itu.
Semalam sewaktu saya teman anakguam saya bagi keterangan, saya ke D11.
Kebetulan saya dengar jeritan dan hamburan keras daripada pegawai wanita banyak kali.
Kami dimaklumkan rupanya ada kes bayi setahun dua bulan kena rogol di tempat pengasuh.
Ada empat suspek termasuk pengasuh dan suami. Empat-empat tak mengaku.
Keadaan bayi

Sekadar gambar hiasan
Dalam pada itu, peguam terbabit mendedahkan keadaan bayi yang berdarah semasa diambil oleh ibu bapanya untuk membuat pemeriksaan lanjut.
Mak ayah ambil anak dah berdarah. Mereka buat pemeriksaan perubatan dan laporan polis.
Memang wajar pegawai perempuan tadi mengamuk menjerit-jerit.
Rasa sedih dengar bayi diperlakukan macam itu. Kenapa dunia kejam sangat.
Sumber: Facebook @FiraFahmi
The post Bayi Berusia Setahun Dua Bulan Jadi Mangsa Nafsu Serakah Di Tempat Pengasuh first appeared on OHBULAN!.





