28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Saka Bila Kita Buat Perjanjian, Leluhur Dari Keturunan Yang Menjaga’

    Shopee Sale

    Tak dinafikan, mistik sentiasa sebati dalam budaya kita, bukan sekadar cerita dongeng tetapi berkait rapat dengan kepercayaan dan warisan turun-temurun. Antara topik yang kerap mengelirukan ialah perbezaan antara saka dan leluhur.

    Artikel Beerkaitan: ‘Nampak Tiga Garis Macam Disebat’ – Joey Daud Kongsi Pengalaman Seram Ketika Gali Kubur

    MENARIK:  [VIDEO] Aslam Membuat Kejutan Dengan Membawa Bunga Mawar Untuk Umisya, Netizen Menyuarakan Kebimbangan Terhadap Rasa Cemburu Marissa Dania

    Artikel Berkaitan: Ifa Raziah Dirasuk Ketika Kendalikan Podcast Sembang Seram – ‘Tadi Seru Nama Kan, Saya Dah Datang’

    Saka, makhluk yang diwarisi

    " data-video-id="7571033879776202005" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @sembangseram

    Aku rasa jarang dengar pasal leluhur ni. Selalunya orang cerita pasal saka qarin je. #chombilisa #sembangseram #podcast #horrorstory #kisahseram

    ♬ original sound – sembangseram – sembangseram

    Menerusi potongan klip yang dimuat naik di TikTok, Chombi Lisa sebagai tetamu jemputan mengupas tentang perbezaan antara saka dan leluhur, dua istilah yang sering disalah tafsir oleh masyarakat.

    Menurut Chombi, saka ialah entiti yang diambil melalui perjanjian, sama ada bertujuan perlindungan, kekuatan atau kebolehan tertentu.

    Saka adalah kita yang buat perjanjian ambil dia, menggunakan atas sebab kebaikan tertentu. Jadi kita bela dia.

    Chombi berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu sesi podcast ‘Sembang Seram’ yang dikendalikan pelakon dan pempengaruh, Safwan Nazri.

    Leluhur ada aura tersendiri

    Manakala, leluhur pula adalah daripada keturunan sendiri dan hanya akan hadir untuk melindungi waris atau dasar pertalian darah.

    Ujarnya lagi, leluhur sering digambarkan sebagai roh nenek moyang yang memerhati dan membantu zuriat mereka tanpa perlu sebarang pemujaan.

    Sesetengah orang, dia ada yang pakai serba putih, jubah-jubah, ada yang dari keturunan panglima .

    Leluhur ini memang macam saka tapi ini saka keturunan yang menjaga, tak ada perjanjian. Dia memang ikut kita untuk kebaikan.

    Bagaimanapun, leluhur tidak boleh dibuka sewenang-wenangnya, hanya perawat tertentu sahaja yang tahu cara untuk membukanya bagi mengenal pasti asal-usul keturunan seseorang.

    Leluhur ini ada aura tersendiri. Contohnya, ada keturunan yang memang jenis tegas macam atuk-atuk kita. Kita tak sembahyang nanti kita kena masuk neraka. Leluhur memang mengingatkan kita pada tuhan dan agama.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] ‘Saka Bila Kita Buat Perjanjian, Leluhur Dari Keturunan Yang Menjaga’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah