28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Saharul Ridzwan Doa Jodoh Depan Kaabah – ‘Saya Cakap Je Nak Kahwin, Terlintas Nama Dia’

    Shopee Sale



    saharul

    Pelakon Saharul Ridzwan berkongsi tentang doa yang diminta ketika berada di Tanah Suci.

    Doa depan Kaabah

    " data-video-id="7370629104615296263" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @shahrulridzwan39

    Begitu Indah Perjalanan Cinta Mereka? #saharulridzwan #fyp #foryoupage #fypage #fypp #foryou

    ? original sound – shahrulridzwan – shahrulridzwan

    Menerusi perkongsian di TikTok, Saharul atau nama penuhnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim berkata semasa berada di Makkah, dia pernah memohon doa kepada Allah SWT tentang jodohnya.

    Namun tanpa diduga, seusai mengaminkan doa, di hatinya terlintas nama isterinya iaitu Deena Amir meskipun pada ketika itu mereka sudah lama tidak berhubung.

    Di depan Kaabah saya minta doa, Ya Allah..aku beli rumah, aku nak beli kereta, Kau kahwinkan lah aku.

    Saya cakap je nak kahwin tu, terlintas nama Deena.

    Sedangkan hubungan saya dengan dia dah berakhir tapi kenapa terlintas tentang dia.

    Pelakon berusia 35 tahun itu berkata, ibunya sangat gembira setelah dia memaklumkan tentang hasratnya untuk mengahwini Deena.

    Kemudian balik Malaysia dan sampailah ke kisah tentang hari jadi Deena. Lepas tu saya beritahu ibu saya yang saya nak berkahwin dengan Deena. Ibu saya Masya-Allah, seronok sangat.

    Untuk info, Saharul dan Deena mendirikan rumah tangga pada September 2016. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 7, Fateema Azzahara, 4, dan Khadijah Alkubraa,1.

    MENARIK:  Nur Sajat Ditegur Buat Hidung, Netizen Mohon Bertaubat – ‘Saya Bukan Ingin Mengubah’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah