27.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Rugi Lebih RM500,000, Isa Isarb Batal Program ‘Challenge’ Selepas Dikecam – ‘Salah Tetap Salah, Saya Akan Ambil Pengajaran’

    Shopee Sale



    isa

    Pempengaruh YouTube, Isa Isarb mengambil langkah untuk menghentikan program Hero Teladan serta merta selepas menerima kecaman.

    Ia susulan program berunsurkan cabaran itu didakwa tidak sensitif terhadap pergaulan lelaki dan perempuan.

    Batal program

    isa

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Isa atau nama penuhnya Isa Batharul Zaman, mengakui kekhilafannya kerana melaksanakan program tersebut.

    Pempengaruh itu mengambil keputusan untuk tidak meneruskan lagi program berkenaan namun tetap memberikan hadiah kepada peserta.

    Salah, ya ianya salah. Sebab saya buat dan fikirkan ianya adalah ‘challenge’. Jadi saya ambil tanggungjawab penuh. Tak ada kena mengena dengan mereka (peserta) sebab mereka pun tak ada telefon dan mereka tak tahu apa-apa.

    Saya akan batalkan program ini serta merta. Saya akan minta peserta semua balik. Tapi mereka takkan tanggung rugi. Hadiah tetap akan diberikan. Mungkin bukan seorang tapi kena bahagikan.

    Menurut pempengaruh berusia 26 tahun itu, meskipun dia mengalami kerugian besar namun dia perlu memperbetulkan kesalahannya dan mengambil iktibar atas apa yang berlaku.

    Rugi, memang rugi besar. Kira-kira lebih RM500,000. Tapi tidak mengapa, salah tetap salah.

    Saya akan ambil pengajaran daripada apa yang berlaku dan terus bergerak kehadapan sebab ini adalah kerugian yang paling besar. Sebab ‘challenge’ tengah jalan tiba-tiba kena hentikan.

    Saya minta maaf kepada semua orang. Insya-Allah saya akan pulih daripada kejatuhan ini.

    Terdahulu, program tersebut dikecam gara-gara peserta lelaki dan perempuan ditempatkan di sebuah rumah yang sama. Warganet meluahkan rasa kurang senang kerana pergaulan bebas boleh berlaku di antara peserta.

    MENARIK:  [VIDEO] Bella Astillah, Syed Saddiq Nikah Pada 10 Oktober Ini

    Untuk info, Hero Teladan merupakan sebuah program cabaran di mana para peserta ditempatkan di dalam sebuah rumah yang dipenuhi kamera untuk mengawasi mereka selama 77 hari. Peserta yang mampu bertahan akan memenangi wang sebanyak RM40,000.

    " data-video-id="7370287535492189456" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @isaisarbofficial

    ??

    ? original sound – Isa Isarb – Isa Isarb

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah