Pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor berpendapat populariti memainkan peranan penting dalam perjalanan seseorang anak seni untuk terus dikenali dan mendapat tempat dalam industri hiburan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rosyam Nor Ulas Isu Filem Malaysia Tak Laku – ‘Penonton Tak Pernah Salah’
Artikel Berkaitan: ‘Tiada Artis Yang Sombong’ – Rosyam Nor
Anak seni perlukan populariti

Ketika ditemui , Rosyam, 59, berkata, populariti membolehkan orang ramai mengikuti perkembangan seseorang artis namun perkara itu sahaja tidak menjamin anak seni bertahan lama dalam industri.
Menurut Rosyam, populariti perlu disertai hasil kerja yang berkualiti bagi memastikan seseorang anak seni terus relevan dan mendapat kepercayaan peminat.
Bagi seorang anak seni, populariti itu penting.
Kalau tiada populariti, ramai tidak dapat mengikuti perkembangan mereka.
Tetapi populariti saja tidak menjamin perjalanan yang jauh dalam industri.
Macam yang kita nampak, ramai orang popular lepas itu hilang begitu saja.
Sebab itu populariti memerlukan hasil kerja yang baik. Populariti dan kerja yang baik harus digabungkan barulah seorang anak seni itu akan kekal relevan.
Rosyam berkata demikian ketika ditemui pada Hari Gabungan Kuasa, Meet & Greet AMT 2026 yang berlangsung di MyKart Raceway, Shah Alam baru-baru ini.
Dalam pada itu, Rosyam mengakui dirinya sendiri memerlukan populariti untuk terus dikenali generasi peminat yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa.
Saya menyangkal jika ada yang cakap populariti tak penting. Saya sendiri perlukan perkara itu.
Generasi peminat sentiasa berubah dari masa ke semasa. Saya perlukan populariti untuk mengenalkan diri saya pada generasi yang baru.
Untuk rekod, Rosyam Nor tercalon dalam dua kategori di Anugerah Melodi Terhangat 2026 (AMT 2026), iaitu Selebriti Ikon Inspirasi Terhangat Cuckoo dan Selebriti Viral Terhangat.
AMT 2026 bakal berlangsung pada 18 Oktober 2026 (Ahad), jam 9 malam dan disiarkan secara langsung menerusi TV3 serta Tonton.
The post [VIDEO] Rosyam Nor Tempelak Dakwaan Populariti Tak Penting – ‘Saya Sendiri Perlukan’ first appeared on OHBULAN!.





