27.6 C
Kuala Lumpur
Monday, October 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Badrol Pertahan Watie Hanifiah, Nafi Suara Lelaki Dalam Video Tular Milik Shuib – ‘Itu Suara Saya’

    Shopee Sale

    Seorang lelaki dikenali Badrol Hanapi yang didakwa merupakan pemilik suara dalam video milik isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah tampil menjelaskan kontroversi hubungan mereka yang tercetus pada 2019.

    Artikel Berkaitan: Watie Hanifiah Sangkal Dakwaan Kenal Shuib Sebelum Pemergian Arwah Siti Sarah – ‘Tak Pernah Kenal Satu Sama Lain’

    Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Rasa Ini Wujud Selepas Kita Melahirkan? Susah Nak Diungkap..’ – Watie Hanifiah 

    Tampil menjelaskan

    Dalam perkongsian di Instagram, Badrol menegaskan suara lelaki yang tular dalam video milik Watie sebelum ini adalah suaranya, sekali gus menafikan dakwaan bahawa suara tersebut milik Shuib.

    Menurut Badrol, isterinya turut berada di lokasi ketika video tersebut dirakam sebelum tular di media sosial.

    Jelasnya, dia juga tidak mengenali Shuib secara peribadi pada ketika itu.

    Watie dari dulu baik dengan saya dan isteri. Kami pernah bermain golf bersama, santai-santai, malah isteri saya sendiri ada ketika itu.

    Pada masa tersebut, Shuib belum kenal lagi apa itu golf malah saya sendiri belum mengenalinya.

    Kepada netizen, kalau saya nak jelaskan satu per satu, sampai kiamat pun belum tentu habis. Saya tahu apa yang saya lalui dan saya tak perlu memuaskan hati semua orang untuk percaya.

    Demi Allah, itu memang suara saya. Tetapi jangan kerana satu perkara, kita rasa berhak menghukum seluruh kehidupan orang lain.

    Dalam pada itu, Badrol turut menasihati orang ramai agar menghormati rumah tangga Watie dan Shuib serta tidak melemparkan fitnah yang boleh menjejaskan keharmonian perkahwinan mereka.

    MENARIK:  [VIDEO] Pujian Beto Kusyairy Bagi Filem Pendek ‘Misi Ainaa’ Bikin Hafiz Mahamad & Syafiqah Aina Gembira Selepas Belanjakan Setengah Juta

    Badrol turut mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu sibuk mencari kesalahan orang lain sehingga terlupa untuk memperbaiki diri sendiri.

    Tuan-tuan dan puan-puan, mereka sudah kahwin. Hormatilah rumah tangga mereka.

    Jangan terlalu seronok membuka cerita orang sampai kita lupa bahawa setiap kata-kata juga akan dipersoalkan di hadapan Allah.

    Tak perlu jadi manusia yang paling tahu cerita orang, cukuplah jadi manusia yang takut akan dosa sendiri.

    Terdahulu, Watie tampil mempertahankan diri dengan menafikan dakwaan bahawa dia sudah lama mengenali suaminya sejak Allahyarham Siti Sarah Raissuddin masih hidup.

    Dalam hantaran yang sama, Watie juga menafikan dakwaan bahawa suara di dalam video tular itu adalah milik Shuib.

    Sumber: Instagram

    The post Badrol Pertahan Watie Hanifiah, Nafi Suara Lelaki Dalam Video Tular Milik Shuib – ‘Itu Suara Saya’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah