28.9 C
Kuala Lumpur
Monday, October 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ropie Jawab Persoalan Netizen Tentang Pembahagian Bayaran – ‘Rezeki Tak Diukur Pada Wang Semata-Mata..’

    Shopee Sale

    Pelakon dan pelawak, Ropie tampil membalas komen seorang individu yang mempersoalkan mengenai bayaran yang diterimanya semasa bergandingan dengan Jep Sepahtu dalam sebuah program.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ropie Imbas Detik Seram, Makhluk Besar Mata Merah Panggil Masuk Hutan – ‘Azlee Datang Tarik Saya’

    Artikel Berkaitan: ‘Belum Apa-Apa Dah ‘Condemn’ Atas Pentas’ – Ropie Kongsi Pengalaman Kerjasama Dengan Pelawak Baharu

    Respon Ropie

    Menerusi ruangan komen di TikTok, Ropie atau nama sebenarnya Zahid Tajuddin, berpendapat bahawa rezeki bukan hanya dinilai berdasarkan jumlah wang diperoleh, sebaliknya keberkatan adalah yang lebih utama.

    Rezeki tidak diukur pada jumlah bayaran atau wang semata-mata, sebaliknya dinilai melalui keberkatan, rasa cukup dan ketenangan hati.

    Menurut Ropie, setiap orang mempunyai bahagian rezeki masing-masing yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

    Tambah pelawak berusia 59 tahun itu, daripada mempersoalkan tentang rezeki, adalah lebih baik jika setiap insan mensyukuri segala nikmat kurniaan yang telah diberikan Ilahi.

    Setiap rezeki dan ujian yang Allah berikan itu berbeza-beza.

    Daripada mempersoalkan apa yang kita tiada, lebih baik kita mensyukuri apa yang telah diberikan kepada kita kerana itulah yang tertulis dan terbaik buat kita.

    Belajarlah bersyukur untuk menerima, menghargai dan memanfaatkan setiap nikmat yang ada walau sekecil apa pun.

    Dalam masa yang sama, pelakon filem Hantu Kak Limah itu berkata, setiap orang mempunyai perjalanan hidup masing-masing dan yang paling penting adalah memperbaiki diri untuk menjadi manusia yang lebih baik.

    Kehidupan in bukan perlumbaan untuk jadi yang paling cepat atau paling hebat, tetapi satu perjalanan untuk kita belajar, memperbaiki diri dan memberi makna pada setiap langkah.

    Ada masa kita jatuh dan ada masa kita hilang arah, tetapi selama hati masih berharap dan berusaha, hidup ini tetap punya harapan yang indah.

    Sumber: TikTok

    MENARIK:  Marissa & Aslam Resmi Berkahwin pada 17 Disember Tetapi Enggan Memenuhi Permintaan Norman & Abby Abadi untuk Berpisah

    The post Ropie Jawab Persoalan Netizen Tentang Pembahagian Bayaran – ‘Rezeki Tak Diukur Pada Wang Semata-Mata..’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah