Pelakon, Nam Ron menyifatkan isterinya, June Lojong tetap pemenang di hatinya walaupun tidak berjaya menembusi senarai Top 5 Festival Filem Malaysia (FFM) ke-35.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nam Ron Akui Ada Pelakon Terima Bayaran Cecah RM100,000 – ‘Perlu Seiring Dengan Pencapaian’
Artikel Berkaitan: Nam Ron Dedah Penentu Pelakon Layak Dibayar Tinggi – ‘Filem Box Office, Menang Anugerah… Penerbit Berani Bayar’
Tetap hargai walau tak tercalon
View on Threads
Kata Nam Ron atau nama sebenarnya, Shahili Abdan, 57, dia sangat menghargai sokongan peminat terhadap bakat isterinya.
Menurutnya, perkara yang lebih penting adalah isterinya terus diberi peluang untuk berkarya berbanding mengejar pengiktirafan menerusi anugerah.
Walaupun tak tercalon di FFM35 dia tetap menang dihati saya. Berdasarkan pengalaman saya, anugerah hanya diraikan sehari dua selepas itu akan dilupakan.
Apa yang lebih penting adalah peluang untuk pamerkan crafts dan ruang untuk berkarya.
Di media sosial banyak juga yang mempersoalkan kenapa dia tidak dicalonkan.
Tragedi Oktober, Daylight Robberry, Pemenang Di Hati Kami dan macam macam lagi statement yang keluar.
Terima kasih kepada yang menghargai bakatnya.
Dalam pada itu, Nam Ron berharap orang ramai menghormati keputusan yang dibuat oleh juri profesional kerana mereka lebih arif dalam menilai.
Sokongan anda semua sudah cukup bagi kami kerana itu adalah hadiah kemenangan tanpa bertanding.
Calon-calon dalam top 5 pun bukan calang-calang hebatnya. Tahniah buat semua yang tercalon.
P/s tolong hormati pemilihan dibuat oleh juri profesional diaorang lebih arif untuk menentukan siapa yang layak.
Terdahulu, June yang membawa watak Maria Hadi dalam filem Polong arahan Zulkarnain Azhar mendapat perhatian ramai.
Sumber: Threads
The post Nam Ron Hargai Sokongan Peminat Terhadap Isteri – ‘Dia Tetap Menang Di Hati Saya, Anugerah Hanya Diraikan Sehari Dua’ first appeared on OHBULAN!.





