28.9 C
Kuala Lumpur
Monday, October 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Amir Masdi Masih Solo – ‘Kami Hanya Kawan & Baru Kenal Setahun’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Amir Masdi menafikan dakwaan sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang pemain biola yang pernah bekerjasama dengannya dalam beberapa persembahan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amir Masdi Nafi Dakwaan Dingin Dengan SOG – ‘Tak Ada Langsung Isu, Dua Insiden Orang Salah Faham’

    Artikel Berkaitan: Peminat Tanya Rahsia Rambut Sihat, Amir Masdi Kongsi Rutin Penjagaan Ringkas

    Baru kenal setahun

    Ketika ditemui , Amir atau nama lengkapnya Amir Syazwan Masdi, 30, memaklumkan hubungan mereka sekadar rakan industri yang baru berkenalan kira-kira setahun lalu.

    Menurut Amir, persepsi orang ramai yang menganggap mereka mempunyai keserasian mungkin timbul susulan persembahan lagu Nurcinta pada malam berprestij Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL 40).

    Sebenarnya dakwaan itu tak betul. Kami pernah bekerjasama hanya untuk beberapa kali saja.

    Dakwaan saya ada hubungan istimewa dengan pemain biola itu memang tiada, kami hanya kawan dalam industri dan baru saja kenal dalam setahun.

    Mungkin orang nampak kami ada keserasian sebab jalan cerita Nurcinta malam itu mengisahkan percintaan dua darjat melibatkan saya sebagai raja atau putera dan dia sebagai puteri yang mana kami tak dapat teruskan percintaan.

    Amir berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Amir Masdi AM:PM Showcase yang berlangsung di Malaysia Petroleum Club, Menara Berkembar Petronas baru-baru ini.

    MENARIK:  Zehra Zambri Nafi Sedang Hamil, Akui Belum Dapat Berat Badan Ideal Selepas Bersalin ‘Czer’

    Mengulas dakwaan hubungan tersebut, Amir menegaskan bahawa mereka tidak pernah keluar berdua dan setiap pertemuan hanya melibatkan urusan kerja.

    Dalam pada itu, Amir menyifatkan dakwaan tersebut sekadar khabar angin selain mengakui belum terfikir untuk mencari pasangan buat masa ini.

    Kami pun tak pernah keluar berdua dengan dia. Kalau jumpa pun atas urusan kerja sahaja.

    Mungkin itu sekadar khabar angin.

    Status saya masih solo, saya belum terfikir nak ada pasangan lagi buat masa ini.

    The post [VIDEO] Amir Masdi Masih Solo – ‘Kami Hanya Kawan & Baru Kenal Setahun’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah