Pelakon, Rebecca Nur Al-Islam akui mengambil berat proses berpantang selepas melahirkan agar kecantikan luaran selari dengan dalaman.
Artikel Berkaitan: ‘Kifarah Is Real, Jangan Sombong’ – Bekas Rakan Baik Titip Pesanan Kepada Rebecca Nur Al-Islam?
Artikel Berkaitan: Ucapan Hari Lahir Rebecca Nur Al Islam Buat Bapa Mentua Bikin Ramai Tersentuh – ‘Saya Rindukan Pelukan Seorang Ayah’
Proses berpantang
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Rebecca memaklumkan dirinya tidak mengamalkan proses berpantang selama 44 hari namun lebih.
Kongsi Rebecca, dia tidak disentuh oleh suami selama 100 hari sejurus selepas bersalin demi memberi ruang untuk tubuhnya pulih sepenuhnya.
Ibu saya pesan, berpantang bukan 44 hari.
Saya tidak diusik suami selama 100 hari selepas bersalin.
Bab makan minum pun lebih 100 hari. Tak boleh makan laksa, minum sejuk-sejuk.
Alhamdulillah saya sejenis yang tak minum ais dan tak suka manis. Saya tak pandai. Kalau dah haus sangat, barulah saya minum.
Kalau musim panas pun saya akan pesan teh madu panas.
Dalam pada itu, Rebecca menegaskan agar para wanita mengambil serius terhadap penjagaan selepas proses bersalin agar dapat mengembalikan tubuh badan yang ideal.
Sebenarnya perempuan lepas bersalin, perlu jaga betul-betul bab berpantang.
Pasti badan kembali ideal dan dalaman pun terurus.
Sumber: TikTok @Pa&Ma
The post [VIDEO] Rebecca Nur Al-Islam Tegaskan Kepentingan Jaga Proses Berpantang – ‘Saya Tidak Diusik Suami 100 Hari Selepas Bersalin’ first appeared on OHBULAN!.





