31.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ramai Keliru, Dr Alina Perjelas Hukum Angin Keluar Dari Faraj, Batalkah Wuduk?

    Shopee Sale

    Pakar perbidanan dan sakit puan, Dr Alina menjelaskan keadaan angin yang keluar daripada faraj membatalkan wuduk atau tidak.

    Artikel Berkaitan: Ustazah Asma’ Harun Tegur Rawatan Ketatkan Faraj – ‘Boleh Jatuh Hukum Haram Walaupun Alasan Untuk Suami’

    MENARIK:  Tip dari Bella Astillah: "Jika Suami Hilang, Cari Di Rumah Kawan" - Video

    Artikel Berkaitan: Main Air Banjir Tanpa Pakai Lampin Punca Faraj Kanak-Kanak Perempuan Berdarah – ‘Sekali Doktor Scan Nampak Lintah Dah Masuk’

    Angin dari faraj

    " data-video-id="7608488676842032392" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @dr.alina.obygyn

    Angin dari fara* batalkan wuduk tak? Ilmu ibadah kena jelas, walaupun soalan nampak kecil. Supaya solat lebih yakin & tenang. #ilmufarduain #soaljawabagama #fiqhwanita #wuduk #ilmuislam

    ♬ Focus on Success – ALEKSANDAR KIPROV

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Dr Alina memaklumkan bahawa angin yang keluar daripada faraj wanita adalah sesuatu yang normal.

    Menurut Dr Alina, keadaan ini kerap terjadi pada wanita yang berusia dimana keadaan faraj mula renggang dan sedikit terbuka.

    Nama lain kita panggil kentut faraj ataupun vaginal flatulence.

    Angin ini adalah udara daripada luar yang masuk ke dalam faraj. Kebanyakannya berlaku di kalangan wanita yang lebih berusia.

    Bibir faraj yang biasanya akan rapat, tapi disebabkan proses bersalin dan menopause dia jadi renggang, seperti terbuka sedikit.

    Dalam beberapa posisi seperti rukuk, sujud, bangun atau duduk, udara luar boleh masuk dan keluar.

    Adakalanya memang angin ini boleh berbunyi, tetapi tidak menghasilkan bau macam kentut daripada dubur.

    Berkongsi lebih lanjut, Dr Alina menegaskan bahawa angin faraj tidak sama sekali membatalkan wuduk kerana bukan dikategorikan sebagai najis.

    Tapi angin ini sebenarnya bukan najis dan tidak membatalkan wuduk.

    Walaupun ada beberapa percanggahan pendapat daripada beberapa mazhab, Fukaha membuat kesimpulan bahawa angin depan dan belakang adalah berbeza.

    Dari sudut perubatan, ianya bukan penyakit dan tak perlu risau.

    Sumber: TikTok @Dr Alina ObyGyn

    The post [VIDEO] Ramai Keliru, Dr Alina Perjelas Hukum Angin Keluar Dari Faraj, Batalkah Wuduk? first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah