29.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar: KL tak pertimbang permohonan pengampunan Jho Low

    Shopee Sale

    Malaysia tidak akan mempertimbangkan sebarang permohonan pengampunan melibatkan ahli perniagaan buruan pihak berkuasa, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Kata Anwar bagi kerajaan Malaysia isu itu tidak timbul kerana prosiding mahkamah melibatkan individu berkenaan masih berjalan.

    “Tiada isu, kita tidak akan mempertimbangkannya,” kata perdana menteri kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2026 di Seremban hari ini.

    Ditanya jika kerajaan akan membantah secara rasmi sebarang tindakan oleh AS berhubung perkara itu, Anwar berkata: “Bagi pihak kita, kita tidak akan mengambil pendekatan itu… namun sudah tentu apa jua keputusan AS ia urusan mereka sendiri.”

    Perdana Menteri berkata dia juga tidak dimaklumkan mengenai sebarang permohonan pengampunan yang dikemukakan oleh Jho Low.

    “Kita telah menjelaskannya dengan sejelas-jelasnya, ia tidak menjadi isu.

    MENARIK:  Aliff Ahmad diperintah bayar ganti rugi RM130,000 kepada dua peguam

    “Walaupun dia (Jho Low) ada kemuka permohonan (pengampunan), ia bukan perkara yang perlu kita bincangkan kerana dia masih melalui proses perundangan di mahkamah,” katanya.

    Dua hari lalu media asing melaporkan Jho Low yang didakwa oleh AS sebagai dalang skandal penipuan kewangan terbesar dalam sejarah dipercayai telah mengemukakan permohonan pengampunan kepada Presiden Donald Trump beberapa minggu yang lepas.

    Menurut laporan itu, kelulusan permohonan berkenaan akan menyebabkan pertuduhan jenayah terhadap Jho Low di AS digugurkan.

    Laporan itu turut menyatakan laman web Jabatan Kehakiman AS menyenaraikan permohonan atas nama Taek Jho Low sebagai “pending” bagi “pardon after completion of sentence”.

    Ahli perniagaan itu didakwa pada 2018 kerana menyeleweng kira-kira AS$4.5 bilion (RM17.7 bilion) daripada dana 1MDB, namun masih bebas dan diburu pihak berkuasa.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah