Penyanyi Indonesia, Raisa meluahkan rasa simpati terhadap insiden yang menimpa rakan seperjuangannya, Nadin Amizah yang didakwa menjadi mangsa gangguan seksual di sebuah konsert di Bekasi, Indonesia, pada awal Julai lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Setuju Mengatakan Ia Berpasir’ – Raisa Suka Makan Nasi Kandar Setiap Kali Datang Malaysia
Artikel Berkaitan: Konsert Di Kuala Lumpur Baru Labuhkan Tirai, Peminat Dah Minta Raisa Kembali Lagi
Tidak bermoral

Ketika ditemui , pemilik nama Raisa Adriana, 35, menyifatkan tindakan itu tidak berakhlak kerana memegang seseorang sesuka hati tanpa persetujuan tuan badan.
Ahamdulillah tidak pernah situasi seperti itu sebab memang susah kerana agak ramai dan bersesak.
Sampai sekarang saya tidak pernah alami kejadian seperti itu dan mengharapkan tidak akan pernah berlaku.
Bagaimanapun, saya bersimpati dengan situasi yang menimpa Nadin.
Penghibur dan public figure bukan orang yang boleh dipertikaikan dan dipegang sesuka hati tanpa persetujuan.
Saya melihat insiden yang dilalui oleh Nadin amat sulit.
Raisa berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran album terbaharu berjudul Ambivert di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam pada itu, pelantun lagu Percayalah menekankan supaya pihak penganjur lebih mengutamakan keselamatan selebriti dan peminat agar situasi seperti itu tidak akan berulang kembali.
Tambahnya, penonton juga perlu menghormati hak privasi individu ketika menghadiri sesebuah acara hiburan.
Dari segi keselamatan saya berharap ia dapat memberi jaminan terbaik buat selebriti dan peminat.
Sebelum majlis bermula adakan sesi taklimat mengenai keselamatan supaya keadaan terkawal.
Kalau keadaan bersesak-sesak tanpa kawalan, bukan sahaja artis yang akan kena gangguan seksual malah peminat juga boleh terkena perkara yang sama.
Mudah-mudahan ramai yang mengambil iktibar dari situasi yang berlaku dan berharap situasi itu membuka mata orang ramai.
Terdahulu, Nadin meluahkan rasa sedih apabila mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual peminat semasa mengadakan persembahan di negara kelahirannya.
Kejadian tersebut baginya sangat menjijikkan selain menyifatkan individu terbabit tidak layak digelar peminat.
The post [VIDEO] Raisa Simpati Dengan Insiden Menimpa Nadin Amizah first appeared on OHBULAN!.





