
Selebriti media sosial, Raf Yaakob menyorot perhatian ramai selepas memuat naik video menikmati kurma yang dicampur mentega dan coklat ketika bersahur.
Kena pandai balance

Menerusi klip di TikTok, Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob meminta netizen untuk tidak menghukumnya terlalu cepat kerana manisan itu diambil pada kadar yang sedikit.
Jelasnya, manisan itu perlu diambil berpada kerana mempunyai kadar gula yang tinggi.
Pasal makan pun nak gaduh ke? Bertenang sudah. Makan secara sederhana. Insya-Allah tak akan jadi apa-apa.
Kena pandai imbangkan. Bukan nak makan hari-hari 30 biji selama 365 hari.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen kurang senang dengan tindakan Raf yang mengambil kurma bersama manisan dan mentega.





