29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ade Govinda Bakal Hasilkan Lagu Untuk Siti Nurhaliza

    Shopee Sale

    Penyanyi Indonesia, Ade Govinda dijangka akan melakukan kolaborasi bersama Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam projek terbaharunya.

    Artikel Berkaitan: Lagu ‘Lebih Indah Berpisah’ Berkait Dengan Kisah Hidup Bella Astillah

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Santai Nyanyi Lagu ‘Masing-Masing’, Ade Govinda Teruja – ‘The Living Legend’

    Terima undangan Siti

    Ketika ditemui , pemilik nama Ade Nurulianto, 41, berkata kerjasama itu terhasil selepas dia menerima ajakan daripada Siti untuk melakukan projek bersama.

    Lagunya sudah siap ditulis dan akan test vokal dalam masa terdekat.

    Belum tahu bila akan dikeluarkan tetapi pada tahun ini.

    Ade berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran lagu duet terbaharu bersama Bella Astillah berjudul Lebih Indah Berpisah.

    Saya gembira dapat bekerjasama dengan Siti.

    Tetapi sebenarnya, kami pernah bekerjasama dengan Siti pada tahun 2016 menerusi single Terbaik Bagimu.

    Untuk kolaborasi pada ketika ini, Siti meminta jalan cerita lagu itu sama seperti Bella Astillah.

    Dia ada bagi cerita, saya tulis.

    Ade juga menjelaskan lagu yang dicipta untuk Siti tidak memfokuskan pada genre sedih seperti lagu-lagunya yang lain.

    MENARIK:  Video: Shakilla Khoriri Mengungkapkan Kehalusannya dengan Membawa Fizi Ali Bertemu Ameena Selama Empat Hari - 'Saya Ingin Bertemu Hari Ini Jika Boleh'

    Sebelum ini, nama Ade menjadi sebutan selepas single Masing-Masing dirakam Ernie Zakri mendapat sambutan luar biasa di Malaysia dan juga negara jiran, Indonesia.

    The post Ade Govinda Bakal Hasilkan Lagu Untuk Siti Nurhaliza first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah