Pelakon terkenal, Fazura, tampil menjelaskan situasi dirinya yang dilihat berjalan di hadapan ketika mengunjungi bazar Ramadan di Kampung Baru, Kuala Lumpur bersama rakan sekerjanya, Que Haidar.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura & Que Haidar Pergi Bazar Ramadan, Netizen ‘Blushing’ Tengok Momen Berebut Bayar
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Que Haidar Tiba-Tiba ‘Menghilang’, Fazura Harap Semuanya Okay – ‘Bukan Kami Yang Bergaduh’
Penjelasan lanjut

Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok semalam, Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, 42, berkongsi pandangannya tentang kriteria lelaki yang dianggap gentleman berdasarkan pengalaman luasnya merantau ke pelbagai negara.
Menurut Fazura, lelaki yang bersifat gentleman akan sentiasa mendahulukan wanita untuk jalan di hadapan mereka.
Sebenarnya saya nak jalan depan masa di bazar sebab secara umumnya saya dah merantau banyak negara.
Saya dah jumpa ramai orang. Lelaki yang gentleman, mereka akan biarkan wanita untuk jalan di hadapan sebab mereka nak menjaga.
Tak kisah lah siapa, kakak, ibu, kawan, kekasih, isteri atau tunang.
Itu cara gentleman.
Kagum dengan sifat Que Haidar

Berkongsi lebih lanjut, pelakon filem ‘Pisau Cukur’ itu akui terkedu dengan keperibadian Que Haidar yang menyuruhnya jalan di hadapan.
Tambah Fazura, budaya tempatan sering menggambarkan wanita untuk berada di belakang lelaki namun tindakan rakan sekerjanya itu mengubah persepsinya terhadap lelaki melayu.
Saya cakap dengan Que Haidar masa itu untuk dia jalan di depan. Tapi terkejutnya saya untuk orang melayu seperti kita, dia suruh saya yang jalan di depan.
Saya terkejut. Sebab di sini budaya lelaki jalan di depan dan wanita di belakang.
Tapi sebenarnya agama kita meratukan wanita. Jadi, kebanyakan lelaki yang faham agama, mereka faham perkara itu.
Sumber: TikTok @nurfazura
The post [VIDEO] ‘Que Haidar Suruh Saya Jalan Di Depan, Agama Kita Meratukan Wanita’ – Fazura first appeared on OHBULAN!.





