PRN NEGERI SEMBILAN | Hari pengundian untuk Negeri Sembilan dengan 36 kerusi dipertandingkan. Sembilan belas kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri,
Malaysiakini membawakan anda keputusan secara langsung:
6.00pm: Pusat pengundian bagi PRN Negeri Sembilan ditutup. Undi mula dikira.
5.30pm: Kadar keluar mengundi setakat 4 petang adalah 65.38 peratus, iaitu 3.49 peratus lebih tinggi daripada kadar keluar mengundi semasa PRN 2023.
Dari segi kerusi individu, sekurang-kurangnya tiga kerusi, Kota, Seri Menanti dan Labu telah melebihi paras 70 peratus.
Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya tiga kerusi, Bahau, Lukut, dan Lobak masih pada kadar 59 peratus keluar mengundi.
Lukut dan Lobak - yang merupakan kerusi majoriti bukan Melayu - secara konsisten berada antara yang terendah dari segi kadar keluar mengundi sepanjang hari.





