
Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar memberikan pandangannya terhadap individu yang pulang ke kampung sempena perayaan tetapi memilih untuk menginap di hotel atau inap desa.
Sebab apa tidur hotel?

Gambar sekadar hiasan
Menerusi perkongsian di TikTok, Ustaz Wadi menjelaskan bahawa adalah tidak menjadi masalah seseorang yang sudah berkeluarga untuk menginap di hotel atau inap desa asalkan mempunyai alasan yang kukuh.
Ada yang bertanyakan kepada saya tentang anak balik kampung waktu raya tetapi tidur di hotel atau pun ‘homestay’.
Okay baiklah pertama sekali kena tahu kenapa perlu tidur di hotel atau ‘homestay’?
Mungkin ada keluarga yang rumah kampungnya hanya ada dua bilik tetapi adik-beradiknya ramai dan semua dah berkeluarga.
Itu tak menjadi masalah lah kalau tetapi seeloknya janganlah tidur saja. Waktu beraya berkumpul lah bersama sanak saudara yang lain.
Tambah pendakwah berusia 42 itu lagi, adalah menjadi tanggungjawab bagi si suami dan ketua keluarga untuk menjaga kehormatan ahli keluarga.
Selain itu, ada juga yang memberikan alasan untuk mengelakkan daripada berlakunya pergaulan bebas, nak jaga aurat ahli keluarga dan sebagainya.
Kalau itu alasannya juga tak ada masalah malah sangat bagus tetapi amat disarankan untuk maklumkan kepada ibu ayah terlebih dahulu.
Kita faham, ada yang kena berkongsi bilik air serta ada juga ipar duai yang terpaksa tidur di ruang tamu.
Bayangkan lah ya, ipar duai terpaksa tidur di ruang tamu dan itu membuatkan keadaan menjadi tidak selesa.
Bahkan, memang wajib seorang ketua keluarga menjaga maruah dan kehormatan keluarganya.
Walau bagaimanapun, Ustaz Wadi menitipkan pesan kepada orang ramai untuk menginap di kampung halaman sendiri sekiranya tidak mempunyai sebarang alasan yang kukuh untuk tidur di hotel mahupun inap desa.





