
Pendakwah bebas, PU Syed tampil menjelaskan tentang isu lafaz talak yang telah dilakukan oleh suami kepada usahawan Siti Jamumall iaitu Aiman Tak Kesah ketika sesi siaran langsung di TikTok.
Teguran PU Syed
View this post on Instagram
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, PU Syed atau nama lengkapnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak berkata, pasangan tersebut perlulah mendapatkan rujukan daripada pihak mahkamah berhubung perceraian mereka terlebih dahulu.
Namun, jika perceraian tersebut sah, maka tiga talak sudah dijatuhkan berikutan mereka juga pernah berpisah sebelum ini.
Difahamkan mereka telah bercerai sebelum ini dan kali ini lafaz kedua talak diberikan.
Ia telah mencukupkan kepada tiga kali kouta talak maka talak ini disebut talak bain kubro. Bagi kes ini, jika sah talak, mereka tidak boleh lagi rujuk sehinggalah isterinya bernikah dengan suami yang lain.
Syarat berkahwin lain, suami yang baru itu mestilah pernah ‘bersama’ dengan isteri tersebut lalu mereka bercerai. Kemudian barulah isteri boleh berkahwin semula dengan bekas suami.
Jangan upah pak turut atau ‘cina buta’, pernikahan tersebut tidak sah.
Pesanan buat suami isteri

Dalam masa yang sama, PU Syed turut memberi nasihat buat pasangan suami isteri agar tidak mempermainkan talak dan cerai.
Berhati-hatilah, jangan jadikan cerai dan rujuk sebagai konten, pasti akan dapat kecaman.
Tiga perkara yang seriusnya dianggap bersungguh-sungguh dan gurauannya juga dianggap bersungguh-sungguh, salah satunya adalah cerai. Walaupun kita bergurau dengan isteri, jatuh talak juga.
Terdahulu, Siti atau nama lengkapnya Siti Suriani Wahidin mengakui berlakunya perceraian kali pertama antara dirinya dan Aiman namun mereka kembali rujuk selepas pengesahan lafaz cerai.
Sekadar info, Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun jodoh mereka tak panjang apabila bercerai tiga tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4 tahun.
Siti kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Aiman di Satun, Thailand pada Jun tahun lalu.





