Pendakwah dan aktivis kemanusiaan yang menyertai Global Sumud Flotilla (GSF), iaitu PU Rahmat berkongsi pengalaman buruk yang tidak dapat dilupakannya ketika berdepan dengan pihak rejim Zionis.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imam Muda Asyraf Kongsi Pesanan Terakhir PU Rahmat, Minta Tenangkan Ibu – ‘Kalau Kita Tak Jumpa..Jumpa Di Syurga’
Artikel Berkaitan: PU Rahmat Dedah Sebab Buang Telefon Ke Laut Sekiranya Dikepung – ‘Mereka Akan Sedut Maklumat & Kacau Keluarga Kami’
Dipaksa bogel
PU Rahmat atau nama lengkapnya Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, mendedahkan pihak tentera Israel memaksanya untuk menanggalkan pakaian semasa dia dalam tahanan mereka.
Menurut PU Rahmat, tindakan tersebut dilakukan mereka bagi memastikan dirinya tidak mempunyai sebarang senjata.
Saya tiga kali kena bogel, saya tak malu untuk cakap tentang perkara ini sebab kita lahir dalam keadaan berbogel dan mati pun begitu juga.
Tiga kali saya dibogelkan kerana mereka takut di badan saya ada senjata.
Pertama di dalam kapal tapi tak ada orang hanya tentera mereka. Kedua, di imigresen dan kali ketiga di penjara.
Provokasi dari tentera

Bercerita lanjut, PU Rahmat berkata meskipun para aktivis GSF menerima pelbagai provokasi namun tentera Israel disifatkan bacul kerana dilihat seolah-olah takut dengan bayang-bayang sendiri.
Pergerakan tentera Israel tidaklah kemas maksudnya mereka sangat berhati-hati dan ketakutan.
Malam kedua ketika di penjara saya dikejutkan dan mereka tanya saya soalan macam-macam.
Mereka tanya tentang Hamas tapi saya buat lawak. Saya kata, ‘Hamas kenal tapi saya lagi kenal hummus (makanan)’.
Ada seorang menteri datang dan provok kami. Bila kami kata ‘Free Palestine’, dia kata kami pembunuh anak-anak Yahudi.
Kami balas dan kata mereka pembunuh anak-anak Palestin, tapi mereka lari.
Mereka adalah satu bangsa yang penuh ketakutan sebab mereka tahu mereka salah.
Untuk info, menerusi laporan Buletin Utama, Peguam Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Fahmi Abd Moin mengesahkan bahawa Ardell Aryana serta seorang lagi aktivis, Haikal Abdullah, telah menjadi mangsa kekejaman tentera Zionis.
Menurutnya, Ardell telah ditumbuk di bahagian muka dan rambutnya turut ditarik. Manakala, PU Rahmat ‘dipaksa’ buka baju dengan tujuan dimalukan.
Terdahulu, PU Rahmat bersama 22 sukarelawan Malaysia dilaporkan selamat tiba di Istanbul, Turkiye sekitar jam 9 malam waktu Malaysia, selepas dibebaskan daripada tahanan Angkatan Tentera Israel (IDF) ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.
Sumber: TikTok Malaysia Tribune, Ahmad Nazrin Abu Bakar
The post [VIDEO] PU Rahmat Dedah Diarah Berb*gel Tiga Kali’ – ‘Mereka Tanya, Saya Buat Lawak Saja’ first appeared on OHBULAN!.





