Muftis Perli, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang juga dikenali sebagai Dr Maza, menjelaskan mengenai keutamaan antara makan dan solat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Lafaz Itu Sah Mengapa Perlu Diulang? – Dr Maza Jelas Isu Ijabkabul Ringkas Sabri Yunus & Angeline Tan
Artikel Berkaitan: ‘Tangan Bogel’ Sedia Makanan, Dr Maza Kecewa SOP Kebersihan Kedai Makan Di Perlis
Makan atau solat dulu?
Menerusi perkongsian di TikTok, Dr Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza menjelaskan bahawa adalah sunnah untuk seseorang makan terlebih dahulu sebelum menunaikan solat.
Makan dulu jika sekiranya kita mahu makan.
Apabila diletakkan makan malam dan didirikan solat, Nabi kata, makan dulu.
Kalau tidak masa sembahyang akan teringat-ingat.
Ini adalah sunnah.
Berkongsi lebih lanjut, Dr Maza menitipkan pesanan agar menjamu sedikit makanan sehingga rasa cukup sebelum menunaikan solat.
Ujarnya lagi, menahan diri daripada makan sehingga mengganggu tumpuan ketika solat boleh menjadi makruh.
Bila iftar, kita dah sediakan makanan dan hanya makan kurma kemudian pergi solat, padahal mata tengok makanan, ini adalah salah.
Makruh apabila ibu bapa suruh anak-anak sabar untuk makan dan solat dahulu.
Makan sedikit sehingga kita rasa cukup. Kemudian pergi solat.
Sumber: TikTok @seruantaqwa
The post [VIDEO] ‘Perut Tengah Lapar, Makan Dulu Ke Solat?’ – Dr Maza first appeared on OHBULAN!.





