
Majlis pernikahan semestinya momen terindah buat pasangan, ahli keluarga dan rakan terdekat.
Namun, lain pula kali ini apabila pengantin perempuan dilaporkan meninggal dunia sejurus selesai urusan akad nikah.
Bahagia bertukar duka
Memetik laporan Tribun Lampong, kejadian yang mengejutkan itu berlaku di Pekan Air Naningan, Kabupaten Tanggamus, Lampung, Indonesia.
Ujarnya, pengantin perempuan yang dikenali sebagai Rika merasakan dirinya kurang sihat pada hari kejadian.
Rika cakap dia pening.
Ingatkan kerana keletihan daripada proses majlis.
Dilaporkan, Rika sempat dibawa ke hospital dan disahkan kematiannya oleh doktor.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, dilihat penduduk kampung mengangkat pengantin perempuan di dalam keranda bagi persiapan dikebumikan.
Menurut suaminya, Nur Kholik, arwah memiliki sejarah penyakit jantung sejak dari kecil.





