
Suami kepada Datuk Nora Ariffin iaitu Dr Rushdi Ramli memaklumkan dia dalam usaha untuk mempertemukan penyanyi itu dengan keluarga isteri pertamanya, Rose Aliza Sutrisno.
Dalam perancangan

Menurut Dr. Rushdi, 59, berkata inisiatif untuk mempertemukan kedua-dua isterinya sudah lama tercetus kerana mahu memastikan kehidupan berpoligami dalam suasana yang harmoni.
Saya ada usaha tersebut. Itu juga adalah usaha yang penting untuk dilakukan dalam kehidupan poligami ini.
Usaha ini dah lama tercetus dalam diri saya. Ini kerana saya mahukan kehidupan poligami yang sahih dan betul, bukannya isteri kedua disembunyikan.
Sebagai seorang lelaki dan suami, apabila mahukan poligami, saya kena ikut hukum hakam supaya rumah tangga tenang dan sebagainya.
Dr. Rushi berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor selepas perbicaraan pertama kes perceraiannya pada Selasa.
Menjelaskan lebih lanjut, ahli akademik itu berkata dia mahu mencari jalan damai kerana tidak mahu ia berlarutan selain memberi kesan positif kepada semua pihak.
Kalau saya tidak selesaikan dengan baik, saya nanti akan terima akibatnya. Saya pun nanti tidak boleh kerja dengan baik dan sebagainya.
Saya pensyarah, perlu tulis buku, artikel dan sebagainya. Jadi kalau serabut dengan masalah ini, membuatkan saya tiada idea.
Tambah pengetahuan

Dalam pada itu, Dr. Rushdi juga menyifatkan kemelut rumah tangga yang berlaku menambahkan ilmu pengetahuan kepadanya selain memberi manfaat.
Dengan apa yang berlaku ini ia menambahkan pengetahuan, pengalaman dan ilmu saya dalam bidang munakahat dalam Islam.
Melalui kes ini juga saya selalu kongsi dengan anak murid. Biasanya hanya belajar menerusi teori sahaja.
Ini adalah satu nikmat ilmu pengetahuan yang saya dapat.
Tidak hanya itu, dia juga memaklumkan pengalaman yang dirasai membuatkannya lebih faham terhadap undang-undang kekeluargaan Islam.
Dengan asbab kes ini juga, saya sudah faham undang-undang.
Rasa syukur dapat banyak pengalaman menarik untuk saya kongsikan semula kepada masyarakat dan hendak baiki balik perkara yang tidak betul.
Pada Selasa, Rushdi hadir ke mahkamah bagi prosiding sebutan pertama perceraian yang difailkan Nora.
Pun begitu, Rushdi enggan melafazkan talak dan mahkamah menetapkan 4 Jun ini sebagai tarikh sebutan kedua.





