27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Penganjur Konsert RadjaWali Bakal Heret Pihak Pengurusan Lokasi Ke Muka Pengadilan – ‘Mematikan Sistem Bunyi Pada Jam 12 Bertentangan Dengan Kebenaran Operasi’

    Shopee Sale

    Susulan insiden persembahan yang dihentikan secara tiba-tiba pada Konsert Pentas RadjaWali pada 10 Januari lalu, pihak penganjur iaitu Impian Al Fateh Sdn. Bhd, GIS Entertainment & Events dan Infinity Love Creative Ventures (ILCV Events) bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak pengurusan lokasi.

    Artikel Berkaitan: Penganjur Konsert RadjaWali Beri Penjelasan, Dakwa Pemilik Lokasi Enggan Berkompromi – ‘Keutamaan Adalah Peminat, Bukan Wang’ 

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kecoh! Konsert Pentas RadjaWali Terpaksa Dihentikan, Peminat Kecewa Tak Dapat Dengar Lagu Hits Wali Band

    Ambil tindakan undang-undang

    Insiden tersebut ternyata didakwa telah menjejaskan reputasi penganjur, barisan artis, serta menimbulkan kekeliruan ramai pihak.

    Rentetan itu, pihak penganjur mengadakan perbincangan bersama peguam dan sedang meneliti untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak pengurusan lokasi atas dakwaan faktor kecuaian serta pelanggaran persetujuan.

    Menurut, wakil penganjur Mubarak Attar Mohamad Aris, selain faktor yang dinyatakan sebelum ini iaitu menghormati waktu solat, pihaknya juga memaklumkan bahawa mereka turut berdepan isu-isu teknikal lain.

    Kami ingin menjawab tohmahan mengenai kelewatan acara. Kami mengakui berlaku sedikit kelewatan, namun ia berpunca daripada masalah teknikal di luar kawalan kami dan bukannya disebabkan kelemahan kami semata-mata.

    Punca sebenar kesesakan di pintu masuk adalah berpunca daripada masalah sistem tiket iaitu terdapat gangguan pada sistem penyedia tiket (ticket provider) yang menyebabkan proses pengesahan tiket menjadi perlahan.

    Liputan internet lemah iaitu masalah capaian internet yang sangat lemah di lokasi dewan menyukarkan penonton untuk memaparkan kod QR tiket mereka dan menyukarkan petugas melakukan imbasan.

    Ini mengakibatkan kesesakan luar biasa di pintu masuk sekali gus mengganggu permulaan persembahan yang sepatutnya berlangsung pada masa yang ditetapkan.

    Kelambatan show dimulakan berpunca dari ticketing team yang dilantik oleh Idea Live, permulaan persembahan yang sepatutnya berlangsung pada masa yang ditetapkan bukan dari artis.

    Mubarak berkata demikian ketika ditemui pada sidang media penjelasan dan pengumuman khas mengenai isu berkenaan yang berlangsung di Saloma, Kuala Lumpur pada Isnin.

    Tanpa pengetahuan penganjur

    Dalam pada itu, Mubarak berkata, siasatan awal dan nasihat guaman mendapati bahawa tindakan pihak pengurusan lokasi menutup bekalan elektrik tepat pada jam 12 tengah malam disifatkan sebagai satu tindakan unilateral (sebelah pihak) tanpa merujuk atau mendapat persetujuan daripada pihak penganjur terlebih dahulu.

    Peruntukan Undang-Undang: Mengikut Enakmen Hiburan (Negeri Selangor) menetapkan acara hiburan yang dijalankan di dalam dewan (indoor) adalah dibenarkan beroperasi sehingga jam 1.00 pagi.

    Justeru, tindakan mematikan sistem bunyi pada jam 12 tengah malam adalah tidak berasas dan bertentangan dengan kebenaran operasi.

    la boleh mengakibatkan risiko keselamatan iaitu suasana huru hara dikalangan penonton yang sedang menikmati persembahan. Ini isu serius yang melibatkan keselamatan awam. Ia berisiko mencetuskan kemarahan.

    Mujur ia berlaku di negara kita yang mana penonton masih boleh mengawal emosi. Jika di negara lain, mungkin lain jadinya.

    Selain itu, peguam yang mewakili penganjur konsert Pentas RadjaWali iaitu Hasshahari Johari Mawi memberitahu pihaknya kini sedang memuktamadkan jumlah kerugian termasuk kerosakan reputasi serta kerugian.

    MENARIK:  Furever Friends: Peluang Adopsi Kucing Pada 20 Julai Ini Di Pavilion Damansara Heights

    Istimewa untuk peminat

    Sementara itu, sebagai tanda penghargaan dan permohonan maaf, pihak penganjur mengumumkan akan membawa semula kumpulan Wali Band ke Malaysia untuk satu konsert khas bagi mengubati kekecewaan peminat.

    Tarikh dirancang adalah pada 1 Mei akan datang dan penonton yang hadir pada malam kejadian layak menerima diskaun istimewa untuk konsert akan datang ini dengan mengemukakan bukti pembelian atau tiket konsert yang lepas.

    Terdahulu, menerusi satu kenyataan, pihak penganjur menjelaskan pihaknya sudah berusaha untuk berunding dengan pihak pemilik premis, Idea Live Arena dan wakil Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi memberi peluang kepada Wali Band menamatkan persembahan dengan sempurna. Malah sedia menanggung segala risiko dan sanggup kehilangan deposit RM20,000 atau didenda.

    Bagaimanapun, pihak pengurusan Idea Live Arena didakwa enggan bertolak ansur dan meminta surat kebenaran bertulis beserta cop rasmi MBPJ pada waktu kejadian. 

    Sebelum itu, harapan peminat untuk menyaksikan keseluruhan persembahan Wali Band terbantut apabila pihak penganjur memaklumkan bahawa Konsert Pentas RadjaWali terpaksa dihentikan serta merta.

    Berdasarkan senarai lagu yang diperolehi media, Wali Band sepatutnya menyampaikan beberapa lagi lagu popular mereka. Antaranya Yank, Cari Jodoh dan Tobat Maksiat.

    The post [VIDEO] Penganjur Konsert RadjaWali Bakal Heret Pihak Pengurusan Lokasi Ke Muka Pengadilan – ‘Mematikan Sistem Bunyi Pada Jam 12 Bertentangan Dengan Kebenaran Operasi’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah