27.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Pak Ya Habiskan 1 Juzuk Al-Quran Buat Arwah Ibu Setiap Minggu – ‘Saya Menyesal Tak Beri Bantuan Sebaiknya’

    Shopee Sale



    Pelawak terkenal, Pak Ya tidak dapat menahan sebak selepas merasakan dirinya tidak memberikan bantuan yang sebaik sepanjang hayat ibunda tercinta.

    Mengaji untuk ibu setiap minggu

    " data-video-id="7408043113228307713">
    @yegacademy PESANAN PAK YA KEPADA SEMUA Jangan ketinggalan untuk dengar cerita penuh Pak Yah di YouTube YEG Academy, Borak Kerjaya pada Khamis, 29 Ogos 2024, jam 9 malam. ?? #YEGAcademy #Kerjaya #MutawwifProfesional #SPHU #BelajarTerusKerja #education ? original sound – Jom Belajar Terus Kerja | YEG

    Menerusi sesi podcast bersama Your Career & Education Platform, Pak Ya atau nama sebenarnya Ilya Buang Shaharum memaklumkan dirinya berasa ralat dengan tindakannya itu dan cuba menebus balik kesilapan yang dilakukan dengan cara menitipkan bacaan ayat suci al-Quran buat arwah ibunya.

    Saya rasa menyesal sebab masa mak saya ada (masih hidup) saya tak bagi bantuan yang sebaiknya.

    Itulah yang saya buat sekarang ini iaitu setiap minggu pasti saya akan habiskan satu juzuk al-Quran untuk mak saya.

    Tambah Pak Ya, dia juga berharap agar anak-anaknya melakukan perkara yang sama buatnya ketika dia dijemput Ilahi satu hari nanti.

     

    Pada saya, itu adalah khidmat terakhir kita untuk mak dan anak-anak saya pun perlu buat perkara sama yang saya buat ini.

    Bukan untuk saya, tapi untuk diri mereka sendiri. Kalau kita selamatkan mak ayah kita di kubur, insya-Allah kita juga akan selamat di dalam kubur kita nanti.

    Hargai ibu bapa selagi masih ada

    Dalam pada itu, ahli kumpulan Senario ini juga berpesan kepada orang ramai agar sentiasa berjasa dan berbakti kepada  ibu bapa selagi mereka masih ada.

    MENARIK:  ‘Tak Kenal Tapi Pegang’ – Nilam Ortiz Tak Suka Perut Disentuh Ketika Hamil

    Menurut Pak Ya, pemberian wang kepada ibu bapa juga tidak akan membuatkan seseorang anak itu jatuh miskin.

    Sebenarnya inilah yang Allah cakap, kalau kita berkhidmat kepada orang tua iaitu wang ringgit ke tenaga ke apa sekalipun Allah pasti akan balas berlipat kali ganda.

    Jadi jangan takut kalau kita keluar duit untuk mak ayah kita.

    Kalau tak mampu dari segi duit pun, sekurang-kurangnya kita berdoa dan bacakan al-Quran buat mereka.

    Video penuh

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah