26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tak Kenal Tapi Pegang’ – Nilam Ortiz Tak Suka Perut Disentuh Ketika Hamil

    Shopee Sale

    Isteri kepada pelakon, Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz meluahkan rasa kecewa dengan tindakan segelintir orang yang sesuka hati memegang perutnya di tempat awam.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nur Nilam Ortiz Hamil, Bakal Timang Anak Lelaki 

    Tak suka orang pegang perut

    View this post on Instagram

    A post shared by Nur nilam ortiz (@nurnilam_ortiz)

    Menerusi TikTok, Nilam mendakwa dia telah didatangi seorang wanita yang kemudiannya telah menyentuh bahagian perutnya.

    Tadi keluar, ada seorang mak cik ini dan aku tak kenal pun.

    Aku tak sukalah kalau perut kena pegang lepas itu nak cakap, ‘Eh comelnya perut, dah berapa bulan dah ini?’.

    Aku nak minta maaf jugalah dekat mak cik itu, bukan nak kurang ajar tapi aku tak suka orang sentuh perut aku.

    Ujar Nilam, dia tidak berapa suka dengan tindakan wanita itu memandangkan dia kini sedang hamil anak pertama.

    Aku tak tahulah korang macam mana, tapi aku tak sukalah kalau aku mengandung lepas itu orang yang aku tak kenal pegang perut aku.

    Orang yang aku kenal pun tak buat macam itu.

    Sebab kita tak tahu, dekat badan orang itu ada apa.

    Terdahulu, Nilam mengumumkan berita gembira apabila mengesahkan dirinya sedang hamil anak pertama.

    MENARIK:  [VIDEO] MUA Bellaz Terharu, Suami Guna ATV Hadiah Hari Lahir Untuk Bantu Mangsa Banjir – ‘Nak Ambil Warga Emas Ke Pusat Pemindahan’

    Ujar Nilam, kehadiran anak kecil yang bakal menjadi penyeri dalam rumah tangga itu merupakan faktor dirinya memilih untuk mempertahankan cinta dan rumah tangga bersama Azlan.

    Imbas kembali, Nilam mencuri perhatian apabila mendedahkan suaminya, Azlan akan berkahwin satu lagi malah dia juga sudah bertemu dengan bakal madunya.

    Nilam kemudiannya hadir ke mahkamah pada 9 April lalu dengan berpakaian serba hitam bagi memfailkan fasakh.

    Untuk rekod, Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.

    Video

    " data-video-id="7519799721792195858" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @puan_nilamortiz

    Tak reti nak bercakap tapi nak bercakap juga faham la harapan nya di sini

    ♬ original sound – puan nilam ortiz – puan nilam ortiz

    Sumber: TikTok

    The post ‘Tak Kenal Tapi Pegang’ – Nilam Ortiz Tak Suka Perut Disentuh Ketika Hamil first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah