30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dituduh ‘Skandal’ Dengan Jofliam, Dewi Minta Jangan Kecam Keluarga – ‘Mereka Tiada Kena Mengena Dengan Isu Ini’

    Shopee Sale



    Baru-baru ini, kisah rumah tangga pasangan pempengaruh, Jofliam dan Cik Epal menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

    Malah pelbagai spekulasi mula timbul susulan pendedahan mengejutkan Jofliam mengenai hubungannya dengan isteri.

    Dewi buka mulut

    Terbaharu, pekerja wanita yang didakwa menjalinkan hubungan dengan Jofliam akhirnya tampil membuka mulut.

    Menerusi hantaran yang dikongsikan di TikTok, Dewi atau nama lengkapnya Emira Delyati Dewi akui dia menerima segala kecaman dan kritikan terhadapnya. Namun dalam masa yang sama, dia meminta agar orang ramai tidak melibatkan keluarganya dalam isu tersebut.

    Terima semua kecaman kecuali terhadap keluarga saya. Tolong hentikan, mereka tiada kena mengena. Terima kasih.

    Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai status hubungan Jofliam dan Cik Epal malah pelbagai spekulasi mula timbul mengenai rumah tangga mereka termasuk dakwaan kehadiran orang ketiga.

    MENARIK:  [VIDEO] Syamsul Yusof Pegang Dua Peranan Dalam Filem Khawarij, Netizen Puji Kredibiliti – ‘Sendiri Berlakon Sendiri Cut, Power’

    Kemudian, tular pula swafoto memaparkan Jofliam bersama seorang staf perempuannya yang dipercayai Dewi. Namun, Jofliam yang terkenal dengan Pizza Wangyu menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan Dewi seperti yang didakwa ramai.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah