Tindakan seorang individu yang kerap menyebut nama bekas anggota Raihan, Nazrey Johani, telan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sejujurnya Saya Tak Pernah Kejar Populariti, Malah Saya Kurang Senang Apabila Dikenali Ramai Dahulu’ – Nazrey Johani
Artikel Berkaitan: Pernah Dijemput Ratu Elizabeth II & Banyak Lagi Sejarah Kejayaan Raihan Ramai Tak Tahu
‘Minta maaf….’

Menerusi perkongsian di Facebook, Raihan memuat naik video berkongsi niat puasa menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.
Bagaimanapun terdapat komen kurang menyenangkan apabila segelintir pihak kerap menyebut nama bekas anggota yang telah mengundurkan diri lebih daripada 10 tahun lalu.
Individu itu mendakwa nyanyian akan menjadi lebih sedap sekiranya Nazrey masih ada dalam kumpulan itu.
Raihan kemudiannya membalas komen tersebut dengan mengucapkan permohonan maaf kepada individu tersebut.
Ampun maaf sebab kurang sedap. Anda benar.
Komen itu turut menyorot perhatian orang ramai yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan individu tersebut.
Kasihan

Menurut mereka, individu itu tidak sepatutnya meninggalkan komen sebegitu dan seharusnya menghormati ahli kumpulan yang masih aktif.
Berapa lama mereka berjuang untuk pertahankan kumpulan Raihan tu supaya tidak terkubur, tapi orang masih mengenang Ustaz Nazrey.
Tidak boleh ke raikan video Raihan tu tanpa cakap macam itu? Ya, kita semua berharap Raihan akan bersatu kembali sekurang-kurangnya sekali saja lagi.
Tapi komen macam ni dekat video mereka sangat tidak baik. Jagalah hati mereka juga.
Sumber: Facebook, Threads
The post Video Niat Puasa Raihan Jadi Tumpuan, Individu Ditegur Kerap Sebut Nama Bekas Ahli – ‘Tak Boleh Ke Raikan Mereka Saja?’ first appeared on OHBULAN!.





