28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kawan Saya Content Creator Baik Sangat, Tapi Mengutuk Di Belakang’ – Syada Amzah

    Shopee Sale

    Penyanyi Syada Amzah mendedahkan bahawa seorang rakannya, yang juga merupakan seorang content creator selama ini dilihat sangat ramah, hakikatnya telah bercakap negatif mengenai dirinya di belakang.

    Artikel Berkaitan: Syada Amzah Mahu Ruang Sendiri Selepas 24 Tahun Kongsi Bilik – ‘Saya Penat, Bila Bangun Tidur Rasa Kecewa’

    Artikel Berkaitan: Syada Amzah Dakwa Lokasi TTMM Seram, Kongsi Pengalaman Sendiri – ‘Benda Itu Ada Atas Kepala & Merenung Saya’

    Kutuk di belakang

    Menerusi satu hantaran di Threads, Syada, atau nama penuhnya Nursyuhada Amir Amzah, 28, memaklumkan bahawa perkara ini diketahuinya beberapa bulan lalu dan bukan hanya diperoleh daripada satu sumber sahaja.

    Beberapa bulan lepas, saya baru tahu salah seorang kawan saya yang merupakan content creator, selama ini nampak sangat baik di depan saya dan di media sosial.

    Rupa-rupanya mengutuk saya di belakang.

    Lebih mengejutkan, perkara ini bukan saya dengar daripada satu sumber sahaja.

    Nampak baik

    Tambah pelantun lagu Hasrat itu, lebih mengejutkan lagi, individu berkenaan dilihat sebagai seorang yang baik namun hakikatnya tidak menyukai dirinya.

    Cerita yang dia sampaikan sebenarnya bukanlah sesuatu yang mengaibkan.

    Tapi tetap buat saya terkejut.

    Seseorang yang nampak begitu baik dan suci di depan kita, rupanya tidak suka pun pada kita.

    Sampai sekarang dia masih tak tahu yang saya dah tahu dia mengutuk saya.

    Jadi, macam mana sebenarnya nak pastikan seseorang kawan itu betul-betul ikhlas, dan bukan sekadar berpura-pura?

    Sumber: Threads

    MENARIK:  ‘Tiada Istiadat Perkahwinan Membabitkan KDPM Tengku Mahkota Pahang Ketika Ini’ – Istana Pahang

    The post ‘Kawan Saya Content Creator Baik Sangat, Tapi Mengutuk Di Belakang’ – Syada Amzah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah