25.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ryzal Ibrahim Respon Cara Perbelanjaan Golongan B40 & T20 – ‘Rakyat Malaysia Kurang Pendedahan Tentang Kewangan’

    Shopee Sale

    Selebriti media sosial dan usahawan, Ryzal Ibrahim tampil memberi pendapat susulan perbelanjaan golongan B40 yang sering kali dilihat membeli kereta terlebih dahulu berbanding rumah.

    Artikel Berkaitan: ‘Isteri Saya Terima Waktu Pakai Jam Harga RM30 Sahaja’ – Ryzal Ibrahim Tekankan Jangan Pilih Pasangan Kerana Harta

    Artikel Berkaitan: Ryzal Ibrahim Tegur Selebriti Suka Canang Aib Rumah Tangga Di Media Sosial – ‘Tak Matang’

    B40 vs T20

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu menanyakan pandangan mengenai perbezaan corak perbelanjaan golongan B40 dan T20 yang dilihat tidak sehaluan.

    Sampai sekarang aku tak faham.

    Kenapa ramai B40 banyak beli kereta berbanding T20 yang beli rumah dulu.

    Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian Ryzal yang menyifatkan rata-rata rakyat Malaysia kurang didedahkan dengan pengetahuan kewangan.

    MENARIK:  Aliff Aziz Tidak Dikenali? Perempuan Ramai Berkenan Pada Buaya Ini, Kata Leona

    Menurut Ryzal, rata-rata memilih untuk memiliki kenderaan sendiri kerana sering dilihat sebagai simbol kejayaan serta disifatkan cara paling cepat untuk dinilai orang awam.

    Yang pertama, pengetahuan kewangan.

    Lebih daripada 70 peratus rakyat Malaysia kurang pendedahan tentang kewangan sejak usia muda.

    Yang kedua, cubaan untuk membuktikan diri atau mengagumkan keluarga atau rakan-rakan.

    Memiliki kereta sering dianggap cara paling cepat untuk menunjukkan kejayaan dalam hidup.

    Apabila tidak mampu, kita sangat menginginkannya.

    Namun bagi mereka yang mampu, ianya bukan sesuatu yang terlalu penting.

    Sumber: Threads @ryzalibrhm

    The post Ryzal Ibrahim Respon Cara Perbelanjaan Golongan B40 & T20 – ‘Rakyat Malaysia Kurang Pendedahan Tentang Kewangan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah