Penyanyi dan pelakon, Erissa Puteri dikecam warganet selepas memuat naik video menunjukkan dirinya sedang menari lagu yang sedang trending di TikTok.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Erissa Puteri Sah Bergelar Isteri Anak Kenamaan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sebak Ketika Majlis Bersiram, Erissa Puteri Bakal Kahwin Dalam Masa Terdekat?
Joget lagu trending

Menerusi klip di TikTok, pemilik nama Errisa Puteri Hashim, 22, berkongsi video memaparkan dirinya melakukan tarian trending menggunakan lagu Shake It To The Max.
Erissa yang menari tidak lebih daripada 20 saat itu kelihatan teruja dan dilihat menari dengan bertenaga.
Menyedari dengan perkara itu, Erissa mengakui selepas mendirikan rumah tangga dia menjadi semakin hyper.
Sorry la lepas kahwin ni jadi makin hyper.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan Erissa.
Komen warganet


Menurut warganet, Erissa perlu menjaga setiap tindakannya kerana ia akan memberi kesan kepada suaminya memandangkan dia sudah berkahwin pada bulan lalu.
Jelas mereka, Erissa sepatutnya menjaga maruah suami dengan tidak melakukan perkara yang boleh memalukan dan mencalar nama baik keluarganya.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Netizen Tegur Erissa Puteri Galak Menari first appeared on OHBULAN!.





