Pelakon, Syifa Melvin berkongsi berita gembira apabila mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.
Artikel Berkaitan: ‘Bila Dah Kahwin, Kita Je Kenal Suami Luar Dalam’ – Syifa Melvin Rindu Safawi Rasid, Titip Doa Dari Jauh
Artikel Berkaitan: Syifa Melvin Tak Setuju Budaya Periksa Telefon Pasangan – ‘Kalau Buat Benda Tak Elok, Banyak Cara Tuhan Akan Tunjuk’
Syifa hamil anak kedua
View this post on Instagram
Menerusi Instagram (IG), Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin memuat naik foto dirinya yang memegang kit ujian kehamilan bersama suaminya, Safawi Rasid dan anak sulung, Saif Sulaiman.
Adik kepada pelakon Syatilla Melvin ini turut menzahirkan rasa syukur atas rezeki yang diberikan kepadanya dan keluarga.
Bismillahi MashaAllah, Allah hadirkan seorang lagi amanah untuk dijaga.
Zuriat yang akan melengkapi kehidupan kami bertiga dan sahabat sedarah Sulaiman.
Di akhir perkongsian, Syifa berharap orang ramai mendoakan agar segala urusannya sepanjang hamil dipermudah Allah SWT.
Doakan sempurna lancar sampai hujungnya.
Tak boleh sorok eh dengan korang, mesti ada je yang nampak.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah terhadap Syifa dan Safawi atas berita gembira tersebut.
Untuk rekod, Syifa selamat mendirikan rumah tangga dengan Safawi yang merupakan pemain bola sepak pada 28 November 2022.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Saif Sulaiman yang kini berusia dua tahun.
Sumber: IG Syifa Melvin
The post Syifa Melvin Umum Hamil Anak Kedua – ‘Tak Boleh Sorok, Ada Je Yang Nampak’ first appeared on OHBULAN!.





