Pelakon Nelydia Senrose mengumumkan dia dan suami, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi.
Artikel Berkaitan: ‘Sebelum Muat Naik, Saya Dah Tanya Nelydia Senrose’ – Hariz Hamdan
Artikel Berkaitan: Nelydia Senrose Muat Naik Gambar Berhijab, Netizen Titip Doa Agar Kembali Pakai Tudung
Nelydia Senrose hamil anak pertama
View this post on Instagram
Berita gembira itu dikongsikan Nelydia atau nama penuhnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen menerusi hantaran video di Instagram sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-7.
Menerusi ruangan kapsyen, Nelydia meluahkan rasa syukur atas kurniaan Allah SWT dan menganggap kehamilan tersebut sebagai hadiah paling bermakna buat mereka berdua selepas tujuh tahun melayari bahtera rumah tangga.
Tujuh tahun yang indah mencintai satu sama lain kini telah bertukar menjadi satu degupan jantung (kehamilan).
Selamat ulang tahun ke-7 buat kami.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat menzahirkan ucapan tahniah buat pasangan ini.
Malah tidak kurang juga mereka mendoakan agar segala urusan aktres ini dipermudahkan selain diberi kesihatan yang berpanjangan.
Untuk rekod, Nelydia dan Mohd Hafez bernikah pada 6 April 2019.
Sumber: Instagram Nelydia Senrose
The post [VIDEO] Nelydia Senrose Umum Hamil Anak Pertama, ‘Hadiah’ Istimewa Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-7 first appeared on OHBULAN!.





