31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Nabila Razali Rai Hari Lahir Peminat, Penuhi Hasrat Pesakit Leukemia – ‘Saya Cuba Jadi Sahabat Syurga Awak’

    Shopee Sale

    Penyanyi dan pelakon Nabila Razali memenuhi permintaan dan hasrat peminatnya iaitu Zahra Sumayyah yang menghidap penyakit leukemia.

    Artikel Berkaitan: ‘Kelakar Bila Orang Menilai Nyanyian Berdasarkan Kehidupan Peribadi, Bukan Pada Suara’ – Nabila Razali

    Artikel Berkaitan: ‘Sekarang Saya Faham Bila Ibu Bapa Yang Bawa Stroller Marah Sebab Lif Penuh’ – Nabila Razali

    Permintaan Zahra

    View this post on Instagram

    A post shared by NABILA RAZALI (@nabila.razali)

    Menerusi hantaran di Instagram, Nabila memuat naik foto dan video momen ketika menyambut hari kelahiran peminatnya itu.

    Di ruangan kapsyen, pemilik nama Nur Nabila Mohd Razali, 34, itu menyifatkan pertemuan tersebut sangat istimewa sehingga menyentuh perasaannya.

    Hari ini (Isnin) nak kongsi satu momen yang betul-betul buat hati saya luluh. Saya dipertemukan dengan adik Zahra Sumayyah, pesakit kanser darah (leukemia).

    Permintaan pertama dia nak pergi zoo tetapi atas nasihat doktor adik Zahra tidak dibenarkan sebab terlalu bahaya untuk kondisi kesihatannya. 

    Permintaan keduanya pula nak jumpa Nabila Razali dan raikan hari lahir bersama-sama.

    Pelantun lagu Peluang Kedua itu dilihat meraikan remaja berusia 15 tersebut dalam sebuah majlis yang sederhana namun, penuh dengan detik-detik indah.

    MENARIK:  Farah Lee Berkecil Hati Pengurusan Dana Dipersoal, Dedah Sumber Pendapatan Lain – ‘Tak Semua Buat NGO Untuk Kaya’

    Lebih menghibakan adalah apabila Zahra memberi kad ucapan kepada Nabila yang tertulis harapannya untuk mereka berdua menjadi sahabat syurga.

    Kami makan tengah hari bersama, sambut hari lahir, menyanyi, berbual, tukar surat dan berkongsi cerita. 

    Ringkas tetapi amat bermakna buat kami semua. Setiap saat bersama adik Zahra membuatkan saya kagum dengan kekuatan adik. Masya-Allah. 

    Buat adik Zahra, selamat ulang tahun adikku sayang. Semoga Allah kurniakan kesembuhan, kekuatan dan hari-hari yang penuh dengan cahaya.

    Saya doakan adik sentiasa dikelilingi kasih sayang, cinta dan senyuman yang takkan padam..saya cuba untuk jadi sahabat syurga Zahra.

    Sumber: IG Nabila Razali

    The post [VIDEO] Nabila Razali Rai Hari Lahir Peminat, Penuhi Hasrat Pesakit Leukemia – ‘Saya Cuba Jadi Sahabat Syurga Awak’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah