
Pelawak Nabil Ahmad berkongsi bahawa doa dan pesanan ibunya menjadi sumber kekuatan yang menyuntik semangatnya terutama ketika direhatkan selama sebulan daripada tugas sebagai penyampai radio pada bulan lalu.
Pesan ibu

Ketika ditemui , pemilik nama Ahmad Nabil Ahmad, 42, berkata pesanan ibunya memberikannya ketenangan selepas menghadapi ‘badai terbesar’ dalam hidupnya.
Saya ada mengadu dengan ibu mengenai perkara ini dan minta dia doakan.
Dia pesan ‘jangan risau dan takut, majikan kita hanya Allah, apa yang berlaku, Allah tahu apa yang terbaik’.
Kata-kata ibu ini yang buatkan saya tenang. Saya tak pernah ‘down’ seteruk ini.
Sementara itu, bapa kepada tiga orang cahaya mata itu turut menceritakan kembali momen selepas menerima surat direhatkan daripada majikan.
Kata Nabil, dia bersama dua lagi rakan penyampai iaitu Radin dan Azad tidak dapat menahan sebak selain mengenangkan nasib mereka.
Kami buat sama-sama dan tanggung pun bersama. Selepas dapat surat, kami menangis berpelukan di depan pejabat.
Saya cakap dengan mereka kita kena terima ketentuan Allah dan ini ujian kita masa bulan Ramadan.
Kami bertiga bersepakat untuk sentiasa ada untuk satu sama lain.
Ambil iktibar

Dalam pada itu, Nabil turut mengakui mereka kini lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan dengan mengambil kira semua aspek selain berusaha menjadi medium terbaik dalam menyampaikan maklumat dan hiburan kepada para pendengar.
Pesanan yang kami dapat semasa majlis berbuka puasa dengan Perdana Menteri adalah supaya kami menjadi jambatan dalam perpaduan sebab kami mewakili media.
Terdahulu, tular video memaparkan Azad Jazmin dipercayai meniru tarian kavadi sambil Nabil menyebut ‘Vel Vel’ disusuli gelak tawa.
Klip video itu mengundang kritikan meluas kerana didakwa telah menghina tradisi kaum Hindu.
Berikutan itu, stesen radio membuat keputusan mengangtung tugas tiga penyampai radio terbabit buat sementara waktu.
Difahamkan, kini mereka bertiga telah kembali bertugas pada 7 April lalu.





